Thursday, 1 December 2011

lelaki soleh idaman wanita solehah

Posted by nurul tasnim at Thursday, December 01, 2011




Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada AllahYang 
jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah gentar untuk berkata benar
Yang sentiasa bersama mujahid yang berjuang di jalan ALLAH

 Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak terpedaya dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai teman dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang
Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibu ayahnya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat
Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya
Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana terlalu asyik membaca
Suaranya lemah kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan
Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian
Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia akan membawa saya bersama ke sana
Dialah lelaki idaman saya
 Yang ALLAH kirimkan untuk menjaga dan membimbing saya

~~~moga ALLAH kurniakan lelaki soleh sebagai suami untuk sekalian wanita solehah... berdoalah wahai wanita solehah yang comel ... pasti janji ALLAH itu benar ... "sesungguhnya wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya"  =)

0 comments:



"Saya doakan Tasnim cepat bertemu jodohnya yang memenuhi kriteria2 yang digariskan dalam Islam dan hadis Rasulullah iaitu kecantikan, keturunan, harta dan agamanya.Dan agamalah sebaik2 kriteria." -syukran doakan tasnim sahabat semua ♥



>
 

✿Si Gadis Manis✿ Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos