Saturday, 30 April 2011

MUSLIMAH SEJATI

Posted by nurul tasnim at Saturday, April 30, 2011 0 comments

kongsian bersama .
sama2 ambil manfaatnye :)


muslimah sejati bukan dilihat
dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.
wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,
tetapi muslimah sejati dilihat
dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi

muslimah sejati juga tidak dilihat
dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,
tetapi dilihat
dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.

muslimah sejati bukanlah dilihat
dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,
tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu

muslimah sejati bukanlah dilihat
dari seberapa indah lantunan suaranya
tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.
muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,
tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran

muslimah sejati bukan dilihat
dari keberaniannya dalam berpakaian grand
tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani
mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

muslimah sejati bukan dilihat
dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan
tetapi dilihat dari kekhuwatirannya
dirinyalah yang mengundang orang tergoda

muslimah sejati bukanlah dilihat
dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani
tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu
dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,
dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi

muslimah sejati bukan dilihat
dari sifat mesranya dalam bergaul
tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu
menjaga kehormatan dirinya dalam bergauli


“Janganlah perempuan –perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”
(surah Al Ahzab ayt32)



Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya(riwayat Al Bazzar)




Thursday, 28 April 2011

bersyukurlah

Posted by nurul tasnim at Thursday, April 28, 2011 0 comments
entry kali bukanlah dituju kpd sesiapa ,
sama2lah kita ambil ikhtibarnya.
termasuk diri yg mencoretkannya ..


Sudahkah kita bersyukur hari ini?
Berapa kali kita bersyukur hari ini?
Apa yang kita syukuri?
Kepada siapa kita bersyukur?
dan banyak lagi pertanyaan-pertanyaan lain di dalam hati mengenai syukur ……

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberikan pernyataan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Ku-tambah nikmat-Ku kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).



Bagaimanakah caranya untuk bersyukur?
Syukur, sesuatu yang mudah untuk di katakan, mudah untuk dijelaskan … tetapi tidak mudah untuk dilakukan. Barangkali sebahagian daripada kita akan mengatakan, saya selalu mengatakan ‘Alhamdulillah’  apabila dikurniakan rezeki, kebaikan, kebahagiaan dan kenikmatan. maka itu tandanya saya sudah bersyukur . Ya , tepat sekali .


Tapi bagaimana pula pada saat kita mendapat sebaliknya, kecelakaan , kesakitan dan keburukan? Adakah kita bersyukur? Semestinya kita perlu bersyukur dgn apa pun kurniaan ALLAH sama ada baik mahupun tidak . Bersyukurlah seadanya dan yakinlah, selalu ada rahmat Allah di sebalik peristiwa yang dianggap buruk oleh kita. Misalnya , jika kita kehilangan dompet, apa yang patut disyukuri?? Kita besyukur, yang hilang hanya dompet, motor kita masih ada. :)



Bagaimana cara kita bersyukur? 





1. Tingkat sederhana dilakukan dgn bantuan anggota seperti tangan , lidah dan mulut . Ia dapat dilihat , didengar dan dirasai . Senang dan mudah untuk dilakukan  seperti dengan cara mengucapkan ‘Hamdallah’, bersedekah, bernazar dsb.

2.Manakala tingkat yg paling agung ialah bersyukur dengan hati.
Bagaimana bersyukur dengan hati, seperti yang dihuraikan sebelumnya, pada saat mendapat musibah kita tetap bersyukur kerana tidak mendapat musibah yang lebih buruk. 
Tetap berpegang teguh dengan Islam dan tidak berpaling dari ALLAH .


ada kalanya kita mudah tergoda dgn rezeki org lain .
maka , menjadilah kita seorang yg tamak . ingin juga memiliki apa pun yg dimiliki oleh org lain . tetapi , kadang2 kita tersilap . kerana terlalu inginkan sesuatu benda , kita jadi alpa dan lupa tentang janji TUHAN bahawa rezeki setiap manusia adalah berlainan . jika sedikit , bersyukurlah . anggap itu ujian ALLAH buat kita untuk menjadi seorang yg lebih kental imannya . jika banyak rezekinya , percayalah bahawa ALLAH sayangkan kita sbb itu DIA beri kita banyak rezeki . kerana apa ? kerana rezeki itu bukanlah milik kita yg hakiki . maka , kita perlulah berkongsi dgn semua org . terutamanya golongan yg tidak berkemampuan , miskin harta dan yg berpenyakit . ALLAH nak bagi kita extra pahala . makanya , DIA suruh kita berkongsi . jangan rasa rugi kerana ALLAH sudah berjanji ALLAH akan menambahkannya lg . yakinlah .



bagaimana pula org yg suka suka "berkalau-kalau" ??
-kalaulah aku kaya , xkan ada org miskin pn kat dunia ni ....
-kalaulah aku sihat , aku nak beramal ibadat 25 jam....
-kalaulah aku cantik, mesti semua org ngorat aku kan ? ...

isyh3,, bukankah ini contoh org yg x bersyukur ?? yg selalu nak lebih dr apa yg ada skrg .
=bersyukurlah walaupun kita x kaya tp kita masih ada tempat berteduh , masih ada makanan tuk dijamah ***hatta nasi dgn garam***--->tidak kebuluran spt saudara2 kita yg berada d negara yg sdg berperang . yg akhirnya mati kebuluran . nauzubillah ...
=bersyukurlah ALLAH uji kita dgn penyakit . kerana ALLAH nak kita selalu ingat pdNYA . ketika dtgnya sakit , sudah tentulah kita sering menyebut nama ALLAH kan ??
=bersyukurlah meskipun kita x punya rupa . ***wajah yg hodoh , giginya terkeluar (jongang) , hidung pesek , gemuk , pendek *** tapi kita masih punya cukup anggota yg lain . kita masih pnya kaki tuk berjalan . kita masih ada tgn tuk menulis . kita masih ada mata tuk melihat . bayangkan lah kita berada d tempat seseorang yg cacat anggota fizikal nya ? dia masih punya mulut m tp dia bisu . dia ada kaki , tp kenapa dia masih d kerusi rodanya ? kerana dia lumpuh . dia lengkap semuanya tp ... matanya sudah ALLAH tarik nikmatnya . dia sudah x boleh melihat keindahan yg ALLAH kurniakan d bumi dan langit . subhanallahh !!! tp .. kenapa .. mengapa .. mereka masih lg tetap bersyukur dgn apa yg mereka ada ? kerana mereka sudah memahat dan simpan d lubuk hati mereka .. mereka akan dpt semua nikmat itu d syurga nanti .. insyaALLAH .. 



apabila kita ditimpa kecelakaan , jgnlah mengeluh . jgn sekali2 . sebaliknya bersyukur dan redhalah dgn ketentuanNYA . sentiasalah beranggapan positif dan baik sangka kpd pencipta agung ini . kerana DIA lah kita ada di sini . dpt hidup dgn aman dan sentosanya . setiap hembusan dan tarikan nafas kita hanyalah milikNYA yg abadi . jadi , apakah mahu kita menjadi seorg yg x tahu bersyukur ? yg kufur nikmat ? nauzubillah ..


p/s : kepada semua yg ada terbaca entry ini ,sama2 laa kita muhasabah diri . adakah kita adalah salah seorang hamba yg bersyukur selama ini ? adakah kita juga pernah kufur nikmat ?? masyaALLAH .. insaflah .. ingat 5 perkara sblum 5 perkara .
jum ramai2 baca entry lam link nehh .. bezz .. menginsafkan kita :) insyaALLAH

sama2 kita ambil pengajarannye . semoga apa yg dicoret ini meresap masuk ke dalam sanubari semuanya .. dan diamalkan dlm kehidupan seharian.. amin ..


"Saya doakan Tasnim cepat bertemu jodohnya yang memenuhi kriteria2 yang digariskan dalam Islam dan hadis Rasulullah iaitu kecantikan, keturunan, harta dan agamanya.Dan agamalah sebaik2 kriteria." -syukran doakan tasnim sahabat semua ♥



>
 

✿Si Gadis Manis✿ Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos