sama2lah kita ambil ikhtibarnya.
termasuk diri yg mencoretkannya ..
Sudahkah kita bersyukur hari ini?
Berapa kali kita bersyukur hari ini?
Apa yang kita syukuri?
Kepada siapa kita bersyukur?
dan banyak lagi pertanyaan-pertanyaan lain di dalam hati mengenai syukur ……
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberikan pernyataan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Ku-tambah nikmat-Ku kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).
Bagaimanakah caranya untuk bersyukur?
Syukur, sesuatu yang mudah untuk di katakan, mudah untuk dijelaskan … tetapi tidak mudah untuk dilakukan. Barangkali sebahagian daripada kita akan mengatakan, saya selalu mengatakan ‘Alhamdulillah’ apabila dikurniakan rezeki, kebaikan, kebahagiaan dan kenikmatan. maka itu tandanya saya sudah bersyukur . Ya , tepat sekali .
Tapi bagaimana pula pada saat kita mendapat sebaliknya, kecelakaan , kesakitan dan keburukan? Adakah kita bersyukur? Semestinya kita perlu bersyukur dgn apa pun kurniaan ALLAH sama ada baik mahupun tidak . Bersyukurlah seadanya dan yakinlah, selalu ada rahmat Allah di sebalik peristiwa yang dianggap buruk oleh kita. Misalnya , jika kita kehilangan dompet, apa yang patut disyukuri?? Kita besyukur, yang hilang hanya dompet, motor kita masih ada. :)
Bagaimana cara kita bersyukur?
1. Tingkat sederhana dilakukan dgn bantuan anggota seperti tangan , lidah dan mulut . Ia dapat dilihat , didengar dan dirasai . Senang dan mudah untuk dilakukan seperti dengan cara mengucapkan ‘Hamdallah’, bersedekah, bernazar dsb.
2.Manakala tingkat yg paling agung ialah bersyukur dengan hati.
Bagaimana bersyukur dengan hati, seperti yang dihuraikan sebelumnya, pada saat mendapat musibah kita tetap bersyukur kerana tidak mendapat musibah yang lebih buruk.
Tetap berpegang teguh dengan Islam dan tidak berpaling dari ALLAH .
ada kalanya kita mudah tergoda dgn rezeki org lain .
maka , menjadilah kita seorang yg tamak . ingin juga memiliki apa pun yg dimiliki oleh org lain . tetapi , kadang2 kita tersilap . kerana terlalu inginkan sesuatu benda , kita jadi alpa dan lupa tentang janji TUHAN bahawa rezeki setiap manusia adalah berlainan . jika sedikit , bersyukurlah . anggap itu ujian ALLAH buat kita untuk menjadi seorang yg lebih kental imannya . jika banyak rezekinya , percayalah bahawa ALLAH sayangkan kita sbb itu DIA beri kita banyak rezeki . kerana apa ? kerana rezeki itu bukanlah milik kita yg hakiki . maka , kita perlulah berkongsi dgn semua org . terutamanya golongan yg tidak berkemampuan , miskin harta dan yg berpenyakit . ALLAH nak bagi kita extra pahala . makanya , DIA suruh kita berkongsi . jangan rasa rugi kerana ALLAH sudah berjanji ALLAH akan menambahkannya lg . yakinlah .
bagaimana pula org yg suka suka "berkalau-kalau" ??
-kalaulah aku kaya , xkan ada org miskin pn kat dunia ni ....
-kalaulah aku sihat , aku nak beramal ibadat 25 jam....
-kalaulah aku cantik, mesti semua org ngorat aku kan ? ...
isyh3,, bukankah ini contoh org yg x bersyukur ?? yg selalu nak lebih dr apa yg ada skrg .
=bersyukurlah walaupun kita x kaya tp kita masih ada tempat berteduh , masih ada makanan tuk dijamah ***hatta nasi dgn garam***--->tidak kebuluran spt saudara2 kita yg berada d negara yg sdg berperang . yg akhirnya mati kebuluran . nauzubillah ...
=bersyukurlah ALLAH uji kita dgn penyakit . kerana ALLAH nak kita selalu ingat pdNYA . ketika dtgnya sakit , sudah tentulah kita sering menyebut nama ALLAH kan ??
=bersyukurlah meskipun kita x punya rupa . ***wajah yg hodoh , giginya terkeluar (jongang) , hidung pesek , gemuk , pendek *** tapi kita masih punya cukup anggota yg lain . kita masih pnya kaki tuk berjalan . kita masih ada tgn tuk menulis . kita masih ada mata tuk melihat . bayangkan lah kita berada d tempat seseorang yg cacat anggota fizikal nya ? dia masih punya mulut m tp dia bisu . dia ada kaki , tp kenapa dia masih d kerusi rodanya ? kerana dia lumpuh . dia lengkap semuanya tp ... matanya sudah ALLAH tarik nikmatnya . dia sudah x boleh melihat keindahan yg ALLAH kurniakan d bumi dan langit . subhanallahh !!! tp .. kenapa .. mengapa .. mereka masih lg tetap bersyukur dgn apa yg mereka ada ? kerana mereka sudah memahat dan simpan d lubuk hati mereka .. mereka akan dpt semua nikmat itu d syurga nanti .. insyaALLAH ..
apabila kita ditimpa kecelakaan , jgnlah mengeluh . jgn sekali2 . sebaliknya bersyukur dan redhalah dgn ketentuanNYA . sentiasalah beranggapan positif dan baik sangka kpd pencipta agung ini . kerana DIA lah kita ada di sini . dpt hidup dgn aman dan sentosanya . setiap hembusan dan tarikan nafas kita hanyalah milikNYA yg abadi . jadi , apakah mahu kita menjadi seorg yg x tahu bersyukur ? yg kufur nikmat ? nauzubillah ..
p/s : kepada semua yg ada terbaca entry ini ,sama2 laa kita muhasabah diri . adakah kita adalah salah seorang hamba yg bersyukur selama ini ? adakah kita juga pernah kufur nikmat ?? masyaALLAH .. insaflah .. ingat 5 perkara sblum 5 perkara .
jum ramai2 baca entry lam link nehh .. bezz .. menginsafkan kita :) insyaALLAH
sama2 kita ambil pengajarannye . semoga apa yg dicoret ini meresap masuk ke dalam sanubari semuanya .. dan diamalkan dlm kehidupan seharian.. amin ..

0 comments:
Post a Comment