Sunday, 23 September 2012

usaha , doa dan tawakal

Posted by nurul tasnim at Sunday, September 23, 2012 0 comments
 
 hari ni nak feeling2 sikit 
ahhh.. penat rasanya 
nak tido jek teringat nih
petang tadi
ada kelas ngan madam nazahah
garang orangnye
disebabkan xde sape2 yang bawak buku rujukan and slide note
dia langsung kata 
"kelas setakat ini sahaja"
tapi nasib laaa xterus blah kan ?
dia kata continue esok
tp pastikan dah print segala bagai slide note tersebut.
ehhh
esok camna laa kan ?
kelas ganti
disebabkan dah dua minggu kelas dibatalkan
terpaksa lah mengganti kelas terbabit
huhu
:'(
tapi
harap-harapnya tasnim dapat survive 
ngan pelajaran tu ..
dah la dia suruh kitorang yang present sendiri
for me yang x pernah belajar bab2 bisnes ni
memang garu kepala la jugak
haiyaaaa..
 
tapi 
xpe3..
dugaan itu membuatkan kita lebih kuat
lebih kuat utk berusaha
chaiyokkk !!
tasnim boleh .
*tetiba semangat lebih kan ? hihi
 for those kekawan
yang dapat kos di luar bidang kita dulu2
usaha kita kena lebih laa
kan ?
xpe .. 
ingat ALLAH sentiasa bersama kita
be chill baby :D
insyaALLAH urusan kita akan dipermudahkan
doa itu kan senjata orang mukmin ?
so
make sure doa yang baik2 ye sahabat !
 
di samping usaha dan tawakal kepadaNYA
ingat ALLAH , anda akan tenang
(Ar-Ra'dhu,13:28)
^^
 
 
 
 sama2 kita mendoakan antara satu sama lain eh ?
good luck awak sume
uhibbukunna fillah <3
assalamualaikum
:)
 
*tadi IMAN datang umah kat ktu . ada sorang housemate saya bersorak girang . well senior kesayangan datang kan? HAHA saya doakan untuk awak eh ? mana tawu jodoh awak ngan dia :p . utk budak rumah sebelah , jangan berebut taw . dia ada kuota 4 . so , dont worry . HAHAHAHA ^^ *joking moking jek. jangan marah ea ? hihi
 
 

Tuesday, 18 September 2012

doa sesorang kekasih

Posted by nurul tasnim at Tuesday, September 18, 2012 0 comments
 
well we meet again guys .
lot of miss in action here .
what derrr ??
merepek sesorang 
keseorangan malam ni 
huhu
rumate i ada kelas
so merepek laa sesorang kat blog kan ?
hoho
 
apa kata malam ni kita jiwang sikit ?
sikit jek .
janji janji
hahahaha
:D
 
jum sesame nyanyi ngan tasnim nak ?
 
DOA SEORANG KEKASIH

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
nak videonye ?
xtahu intonasinya ?
search kat youtube ek ?
hahaha
 
with love
assalamualaikum :)
eh sape ek bakal suami saya ? *tetiba :p
 
 
 

Sunday, 16 September 2012

SIRAH : Ummu 'Ummarah

Posted by nurul tasnim at Sunday, September 16, 2012 0 comments
 
kita sambung lagi
mood : bersirah memalam buta?
hehe
janji pengisian hingga ke pangkal hati
insyaALLAH
 
kali nih meh bercerita tentang
srikandi islam lak
nak tahu siapa?
dialah...
"ummu 'ummarah @ ummu sulaim"
 
Ummu ‘Umarah r.a atau dikenal juga sebagai Ummu Sulaim rha. telah dirahmati dengan berbagai kehormatan, diantaranya adalah kehadiran beliau di Uhud, al-Hudaibiyyah, Khaibar, Hunain dan Peperangan Yamamah. Namun peranan beliau yang paling mulia adalah ketika Peperangan Uhud.

Ummu ‘Umarah rha telah menyertai peperangan tersebut bersama suaminya, Ghaziya, berserta dua orang anak lelaki beliau. Tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas beliau adalah untuk memberi air kepada para Mujahid yang cedera. Akan tetapi Allah SWT telah menetapkan satu peranan yang lebih besar dan mulia untuk beliau. Maka beliau pun mengatur langkah bersama-sama dengan keluarga beliau dengan sebuah Qirbah (tempat air terbuat dari kulit kambing) untuk mengisi air. Mereka tiba di medan perang pada awal pagi hari. pasukan Islam, ketika itu, sedang menguasai peperangan dan beliau telah pergi melihat keadaan Rasulullah SAW. Pada masa yang sama sebilangan pasukan Islam telah membuat satu kesilapan yang teramat besar – melihat pasukan Quraish mundur, mereka mulai berlari-berkejaran mendapatkan harta-benda rampasan perang, melanggar perintah Rasulullah SAW supaya tetap di posisi mereka di atas bukit.

Khalib bin Walid, (yang ketika itu belum lagi memeluk Islam), apabila melihat benteng pertahanan yang telah terbuka itu kemudian memimpin serangan balasan ke atas pasukan Islam. Kemenangan peperangan beralih kepada pihak Quraish. Dalam suasana kalang kabut itu, banyak dari kalangan pasukan Islam panik dan mundur, meninggalkan Rasulullah SAW bersama-sama sekumpulan kecil para Sahabat ra . Di kalangan mereka ini termasuklah Ummu ‘Umarah rha.

Melihat ramai dari kalangan pasukan Islam yang mundur, Ummu ‘Umarah rha kemudian berlari ke arah Rasulullah SAW dan mengangkat senjata demi mempertahankan baginda SAW, bersama-sama dengan suami dan kedua anak lelakinya. Rasulullah SAW menyadari yang Ummu ‘Umarah rha tidak mempunyai perisai kemudian baginda SAW memerintahkan kepada salah seorang daripada mereka yang sedang berundur supaya memberikan perisainya kepada Ummu ‘Umarah rha yang sedang bertarung. Setelah mendapat perisai tersebut, Ummu ‘Umarah rha mempertahankan Rasulullah SAW menggunakan busur, anak panah dan juga pedang.

Ummu ‘Umarah rha diserang oleh pasukan berkuda tetapi beliau tidak sekalipun gentar atau merasa takut. Beliau kemudian telah berkata, “Apabila mereka itu tidak berkuda seperti kami, niscaya telah kami hancurkan mereka, insya-Allah.” Abdullah ibn Zayed, anak lelaki beliau, telah mengalami cedera ketika peperaang tersebut. Lukanya itu berdarah banyak sekali. Ibunya berlari kepadanya dan membalut lukanya itu. Kemudian Ummu ‘Umarah rha memerintahkan anak lelakinya itu, “Majulah dan perangi mereka, anakku!” Rasulullah SAW mengagumi semangat pengorbanan beliau dan telah memuji beliau, “Siapakah yang dapat menanggung apa yang kamu mampu tanggung, Ummu ‘Umarah!” Tiba-tiba lelaki yang telah menlukai anak lelakinya mendekat dan Rasulullah SAW berkata kepada beliau bahwa inilah lelaki yang melukai anaknya. Ummu ‘Umarah rha dengan berani menantang lelaki tersebut, yang menurut anak Ummu ‘Umarah rha sendiri, adalah seperti pohon perdu yang besar. Ummu ‘Umarah rha melukai kaki musuhnya itu, menjatuhkannya sehingga berlutut. Rasulullah SAW tersenyum sehingga menampakkan gigi baginda SAW dan berkata, “Kamu telah membalasnya, Ummu ‘Umarah!” Setelah lelaki tersebut dibunuh, Rasulullah SAW kemudian berkata “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kamu kemenangan dan menggembirakan kamu atas musuh kamu dan mengizinkan kamu dapat menuntut balas.”

Pada satu ketika, Rasulullah SAW telah tertinggal seorang diri. Melihat peluang keemasan itu, pihak musuh, Ibn Qumay’a segera menyerang Rasulullah SAW sambil menjerit “Tunjukkan Muhammad padaku! Aku takkan selamat sekiranya dia diselamatkan!”. Kemudian Mus’ab ibn ‘Umayr ra, bersama-sama dengan beberapa orang sahabat yang lain, bergegas mempertahankan Rasulullah SAW. Ummu ‘Umarah rha yang turut bersama-sama dengan mereka terus menebas musuh Allah itu, walaupun dia memakai dua lapis baju besi. Ibn Qumay’a berjaya melukai bagian leher Ummu ‘Umarah rha, dan meninggalkan luka yang parah. Rasulullah SAW terus memanggil anak lelaki Ummu ‘Umarah rha, memerintahkannya membalut luka ibunya sambil mendoakan kerahmatan dan kesejahteraan ke atas mereka dan menyatakan kemuliaan mereka. Ummu ‘Umarah rha, bila menyadari Rasulullah SAW menyukai kesungguhan dan keberanian beliau, kemudian meminta Rasulullah SAW supaya berdoa agar mereka dijadikan Allah di kalangan sahabat-sahabat Rasulullah SAW di syurga nanti. Setelah Rasulullah SAW berdoa, Ummu ‘Umarah rha kemudian berkata, “Aku tidak pedulikan apa saja yang menimpaku di dunia ini!” Pada hari tersebut, Ummu ‘Umarah rha menerima tiga belas luka dan luka di lehernya yang terpaksa dirawat selama setahun.

Beliau kemudiannya juga menyertai Peperangan Yamamah, di mana beliau menerima sebelas luka dan kehilangan tangan. Keberanian Ummu ‘Umarah rha menyebabkan semua para Sahabat ra menghormati beliau, terutama para Khalifah yang akan mengunjungi beliau dan senantiasa memperhatikan keadaan beliau. Umar ibn Khattab ra telah menerima kain-kain sutera yang sangat bagus buatannya. Salah seorang yang berada di situ berkata bahawa kain tersebut sangat mahal dan Umar ra sebaiknya memberikannya kepada isteri Abdullah ibn Umar ra, Safiyya bint Abu ‘Ubayd. Umar ra walaubagaimanapun tidak mau memberikan kain tersebut kepada menantunya. “Ini adalah sesuatu yang tidak akan kuberikan kepada ibn Umar. Aku akan berikan kepada seseorang yang lebih berhak keatasnya – Ummu ‘Umarah Nusayba bint Ka’b rha.” Umar ra kemudian menceritakan bagaimana ketika Peperangan Uhud, beliau mendengar Rasulullah berkata bahawa apabila baginda SAW melihat ke kiri maupun ke kanan, baginda melihat Ummu ‘Umarah rha sedang bertarung di hadapan baginda SAW.

Inilah kehidupan Ummu ‘Umarah rha, pejuang yang tetap berdiri apabila ramai yang mundur, yang menyuruh anaknya yang cedera parah kembali menyertai peperangan yang sengit, dan yang siap menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan Rasulullah SAW. Sebagai balasan, beliau menerima doa agar dijadikan di kalangan sahabat Rasulullah SAW di syurga. Moga Allah SWT merahmati para Muslimah kita dengan keberanian, semangat pengorbanan dan istiqamah yang sedemikian.
 pengajaran : so apa tunggu lagi sahabat2 . mari sama2 angkat pedang lawan musuh . hihi ada ke cam tu ? tak2 , tasnim gurau je . kta berjihad sekarang bukan lag di medan perang tapi jihad lawan nafsu sendiri . kena kuat . iman kita yang akan bimbing kita . so jaga iman kita baik2 . ingatan untuk diri sendiri jugak . ehem .

thats all
with love
assalalmualaikum :)


Thursday, 13 September 2012

SIRAH : Rasulullah menangis sepanjang malam

Posted by nurul tasnim at Thursday, September 13, 2012 0 comments
S
 
selamat malam :)
erm.. tika ini mari sama-sama
kita hayati 
sirah Rasulullah
permintaan dari seorang kawan tasnim
hye hye ^^

Sirah Rasulullah Menangis Sepanjang Malam
 
Pada satu ketika Rasulullah SAW menangis sepanjang malam dan mengulangi ayat ini sehingga ke pagi.

 ” Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yan g menghalang perbuatanMu) kerana sesungguhnya mereka ialah hambaMu. dan jika Engkau mengampunkan mereka, sesungguhnya Engkau sahajalah Yang Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana.” (Al-Maidah : 118)

Diberitakan juga pada satu malam Imam Abu Hanifah rah. telah menangis sepanjang malam sambil membaca,. : 

 ‘Dan sebaliknya dikatakan kepada org kafir, berpisahlah kamu pada hari ini wahi org yang berdosa (daripada bercampur gaul dengan org yang beriman.” (Ya Sin :59)


ayat ini membawa makna bahawa org-org yang menderhaka kepada Allah SWT akan diperintah supaya berpisah daripada mereka
yang berbakti kepadaNya. mereka juga tidak dibenarkan bergaul dengan solehin sebagaimana yg diperbuat oleh mereka di dunia.

pengajaran : Berdasarkan perintah di atas, sebanyak manapun kita menangis sebenarnya masih tidak mencukupi kerana tidak diketahui tempat kita akan dihimpunkan sama ada di kalangan mereka yg bersalah atau di kalangan mereka yg taat. jadi , mari bertaubat dan beramal dengan ilmu yang ada :)

Wednesday, 12 September 2012

MDS best ?

Posted by nurul tasnim at Wednesday, September 12, 2012 0 comments
 
hyepp !
bertemu kembali kita
alhamdulillah :)
masih dipilih ALLAH untuk terus bernafas di muka bumiNYA
sama2lah kita melafazkan rasa kesyukuran
kepada DIA
 
eh
apa tu MDS ?
tak tahu ?
meh sini nak bagitaw.
ceewah ceewah
>,<
 
MDS tuuu
singkatan kepada Minggu Destini Siswa
hanya hak cipta terpelihara 
Uitm sahaja okeh ?
Uitm Di Hatiku....*tetibaa
heheh

overall MDS kali best lah bg tasnim
tak payah nak kalut2 sgt
relax jek banyak
hehe
best best

bagi sesape yang suka aktiviti banyak tu kan 
buat sendiri okeh ?
hihew
 
nak jugak kenalkan kak2 and abg2 pm( pembantu mahasiswa)
yang dah banyak tolong tasnim and kawan2
banyak tunjuk ajar yg diberikan
apa2 pun , jasamu dikenang
ceewah :)
 
 
 ni lah pm kami di
Uitm Kedah
hihi
 
mereka sangatlah awesome.
sporting mehh
^^

and last but not least
ni pulak picture kami semua bersama
kenangan itu............
ceewah tetiba rasa nak nyanyi jap
feeling feeling
heheh




try cari tasnim jika anda bijak
hihi

till then
assalamualaikum
and tolong ...
doakan tasnim cepat sembuh
masih di rumah 
atas sebab kesihatan :(
nak balik u cecepat
nak belajar
weeehaaa :D


Saturday, 8 September 2012

ujian ALLAH =)

Posted by nurul tasnim at Saturday, September 08, 2012 0 comments


 
kaifahalukum akhawat wa ikhwah ??
moga2 ALLAH curahkan kesejahteraan serta kerahmatanNYA
kepada semua yang sudi membaca entry tasnim 
agak lama kan eden menyepikan diri ?

well .
tasnim nak ucapkan tahniah kepada semua kawan2 
yang alhamdulillah dipilih untuk masuk u
dengan pelbagai kos
dengan bermacam jenis u.
 
and 
untuk sekelian kalinya 
nak kongsi rasa kesyukuran dan kegembiraan
alhamdulillah
tasnim diterima untuk menyambung pengajian
dalam bidang
pengurusan perniagaan
(islamic banking)
di...
Uitm Merbok , Kedah
:D
 
 ramai yang jeles.
ramai yang tak percaya.
asal eh ?
 
jeles sebab u tersebut dekat jek ngan umah tasnim
dalam kedah jugak
i mean kalau dr umah ke uitm 
amek masa dalam sejam setengah je pun ^^
 alhamdulillahurabbi...
 
tak percaya ?
sbb tasnim futher dalam islamic banking
pecahan kepada akaun laa kan ?
padahal di asasi n sekolah menengah dulu
tasnim amek subjek sains
pelik sangat eh ??
 
tapi
percaya atau tak
inilah pilihan tasnim selama ni..
benda yang tasnim idamkan dari dulu lagi
dari form 4 dulu kala
huhu
 
and
alhamdulillah
ALLAH permudahkan untuk tasnim
syukur sangat2
:')

now 
this day
this hour
this second
i am here !
become pelajar universiti teknologi MARA
and
i am proud with that
^^

no matter what people talk about
no matter what others think
alhamdulillah
ALLAH permudahkan urusan tasnim
tasnim bahagia di sini.

tetapi
sesuatu telah merunsingkan hati tasnim
erm...
actually 
tasnim tak berapa sihat sangat
tasnim diuji
tasnim demam campak
huhu :'(

tolong doakan eh 
supaya tasnim cepat sembuh
syukran awak semua 
jasamu dikenang =)
sesungguhnya ALLAH saja dapat membalasnya .

esok petang abah datang amek
sedihnyeeeeee :'(
kita jumpa lagi
assalamualaikum
 



"Saya doakan Tasnim cepat bertemu jodohnya yang memenuhi kriteria2 yang digariskan dalam Islam dan hadis Rasulullah iaitu kecantikan, keturunan, harta dan agamanya.Dan agamalah sebaik2 kriteria." -syukran doakan tasnim sahabat semua ♥



>
 

✿Si Gadis Manis✿ Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos