Wednesday, 15 April 2015

i miss you.

Posted by nurul tasnim at Wednesday, April 15, 2015 4 comments


assalamualaikum dear!

kita berjumpa lagi. ehhh, uols sihat tak? aku tak sihat sangat lah. sakit rinduuuu..huahua i miss my lovely buddy so badly. kah3 (abaikan english aku) who isn't? cer tekaaa...

seriously i miss HER. dia perempuan hokkayyy... jangan salah anggap pulak. keh3 sapa laa nak kat aku ni kan.... T_T okay...auta jer... tak payah percaya sangat ngan tasnim senget neh.

I need you baby. like seriously.. tapi.. hang dah duk jauh. dah lama tak jumpa. contact pun dah jarang. and..and... yang paling penting. HANG DAH KAWEN!!!! huarrrgghhhh. means what? aku tak leh dah ahhh nak gi melepak kat umah hang. like seriouslyyyy? *mood swing

you know sayang..currently, i felt not so good. feeling meh sangat. :3 and what is in my mind is nak pergi jauh2 , nak tenangkan hati jiwa yang sangatttt lah berkecelaru neh. and seriously, I had no idea to story morry ngan sapa. its just i cant to speak it out to them. 

I have been search for several places that I can go and off from daily life. apakahhh? ayat itu peliksss. HAHAHA okay, aku pun tak paham sebenarnya apa maksud ayat tuuu..cuma aku nak cakap, aku nak pi bercuti and tak mau pikiaq pasal orang lain. its just me. and me. and me..

pokoknya, aku nak berseorangan lah! and uols guess what? depa (kawan2 or sedara mara) keeps telling me you are women. tak elok pergi sorang. and what I said... "Tapi........erm, okay" masa cakap cam tu, my mind said, korang tak faham........ titik.

and depa nak suruh aku share ngan depa masalah aku... ohhh sorry.. I just cant. Dah tu , nak paksa2 orang suruh orang cerita.. ahhhh *sigh when the times come, I will tell you. can you sabar sikit? bila kau buat perangai tak sabar tu, lagi laa punah harapan nak cerita kat kau.

aku dah la jenis simpan masalah. bukan pendam ehh.. just simpan and selesai sendiri. because i think that everyone have their own problem and they pun dah serabut serabai nak selesaikan masalah depa. and aku nak tambah lagi masalah depa tuuu? okay, tu yang aku pikir lahhh...aku tak suka nak susahkan orang lain.. and aku pun tak suka orang lain susahkan aku. thats me.

kepada 'awak' yang berniat nak ambil saya jadi isteri tuuu ( ni specific person-entah la dia baca ke tak) tolong laaaa jangan paksa tasnim bagitau masalah. sometime i think that it is a small matter je, tak perlu pun nak bagitaw sesape.. hal remeh gitu. tu pun, nak kena bagitau ke? bukan lelaki ni jenis tak suka hal remeh temeh ke? 

okay, aku dah melalut ke mana entah. entry ni just nak gitaw aku rendu bestfriend aku. huaaaa... dia jenis yang macam mana? jenis tanya aku okay ke dak? then, kalau aku macam tak mau cerita, dia just act like take your time. HAHA i love this person. tak memaksa... gitewwww...

dia kalau aku pi rumah dia, first sekali akan tanya " weh...dah makan ? Mak aku buat gulai..sedap!" She is that kind of person. Jaga hal perut den... siap buat air youuu... okay, her husband beruntungggg sangat. Walaupun, she yang jenis tak berapa pandai masak (KAH3) tapi dia pandai melayan. ehhh...tapi dia cakap anak2 sedara dia suka makan sup yang dia masak. aku pun tak pernah rasa lagi. I guess sedap la kot kan...hehe

Pastu, dia ni memang tak berkira langsung ahhh... aku selalu ja pi umah dia time aku kempunan nak makan something kaa, mintak dia belikan..HAHA dah la duk umah dia, aku guna barang dia macam aku punya. especially barang make up dia laa... pencuci muka laa, toner laa, bb cream laa... she said what, " weh... aku ada beli mask kelmarin, malam ni jom pakai sesama?" ahhhhh...miss that moment.

shout out to my pretty lady , Siti Nur Fatin Binti Mohd Darus. " I miss youuuu and I loveeee you!" (okay..nanti ada orang jealous)

-my pretty lady-

dia kepunyaan orang lain dah sekarang. kepunyaan suami terchenta. eh, cakap pasai suami dia.. iols laa yang bertanggung jawab temankan dia time orang datang menengok dia, time tunang laa, time pi melawat rumah bakal husband masa tu... kite lah orangnya.. tapi, paling terkilan.. iols tak dapat attend hari berbahagia dia , time dia akad nikah tuh ( 16.03.2015 ). iols is sangattttt sedih you... sedihnye melarut2 pulak ke dua tiga hari... sampai la tanggal hari ni tasnim tak jumpa lagi my baby. 

okay, balik cuti nanti jangan lupa habaq kat iols tawwww... tak pun , meh la melawat iols kat aloq setaq neh.. hihi kan dah ada drebarrr..oppsstt...tasnim nak kena tenyeh mulut ngan cabai melaka kaaa?hihi apa2 pun, i miss you badly sayang..

sedikit pesanan untuk my gorgeous baby...
Jadi isteri solehah untuk suami, anak solehah untuk mak abah. Terima seadanya sang suami. Perbaiki sehabis boleh diri untuk suami and anak2. I know you can do it sayang. Because I love you. My love to you always there to help you (okay, aku merapuuu hihi) -sambung balik- you know what? jangan terlalu expect husband akan jadi sesweet dalam novel cintan cintun yang hang suka baca tuu.. hero2 dalam tuuu kononnya perfect lah sangat.. hakikatnya manusia pasti ada kelemahan and tak lari dari dosa. and bawak berbincang jika ada masalah dalam hubungan. jangan selalu bebai. kesian si suami nak kena pujuk..hehe okay..aku dah tak taw nak bagi amanat apa lagi, sebab aku pun belum kawen lagi..hehew.. so nanti hang la bagi ke aku nasihat preparation untuk kawen nahhh...heeee

okay, nak merepek tu je.. 
sehingga bertemu lagi.
daaa...assalamualaikum :)

Wednesday, 8 April 2015

RESEPI : Cheesy Wedges + Fries + Potato Balls (Ala2 KFC)

Posted by nurul tasnim at Wednesday, April 08, 2015 0 comments
assalamualaikum my dear.
sihat tak?

hokkayyy.. tasnim here. untuk kongsikan something. R.E.S.E.P.I to all of youuu.. totally amazing taw. tasnim yang memang penggemar ubi kentang ni.. amatlah terujaaaa!*mata bersinar-sinar

dapnyeeee..sedapnyeee...kih3 so, apalagii....meh la kita mencuba R.E.S.E.P.I berasaskan kentang pada hari neh. Sesuai gak ahh bagi sesape yang memang tengah diet tu kannn? Macam tasnim nie, diet hampeh je la.. kekadang diet, kekadang hentam je ahhh..janji perut tak meragam and aku happpyyyyy!!!

soooo.. ada empat R.E.S.E.P.I yang iolsss nak sharing2 ngan korang semua.. There are :
1. Fries ala KFC
2. Wedges ala KFC
3. Cheesy sauce ala KFC
4. Potato Balls ala KFC

semua nak ala2 KFC... hihihi okaayyyy..lets gooo!   *credit to Norafidah Ali

FRIES ALA KFC

BAHAN2
Kentang.
Tepung gandum.
Baking Powder.
Baking soda.
Garam.
*Jika guna tepung serbaguna tak perlukan baking powder dan baking soda.
CARA2
1.Potong kentang mengikut saiz yang dikehendaki.agak-agak macam kentang kat Kfc tu la ya:)
2.Kemudian rebus dengan sedikit garam  hingga 1/2 masak dan toskan.Gaul dengan tepung yang di ayak dengan sedikit  baking powder dan baking soda.
3.Akhir sekali di goreng hingga garing atau perang keemasan.




WEDGES ALA KFC

BAHAN2
2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
2 sudu teh serbuk lada hitam l
1 sudu teh serbuk cili
1 biji putih telur - dikocok (aku pakai jugak kuning telur, Malas nak asing2)
Tepung gandum secukupnya untuk salut
Garam
CARA2
1.kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
2.Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
3.Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang. (Aku gaulkan je dalam bekas besar)
4.Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
5.Hidangkan panas² bersama sos cheesy wedges, thousand island & mayonis.
CHEESY SAUCE ALA KFC


BAHAN2

3 sudu tepung gandum 
Setengah buku butter
2 kiub pati ayam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit lada putih
Sedikit lada hitam
12 keping cheese
500 ml susu penuh krim
Pewarna kuning
CARA2
1. Cairkan butter dalam non-stick pan. Tapi kalau takde, boleh je guna pan biasa pun.
 2. Lepas tu masukkan pulak susu dan tepung gandum. Gaul sampai tak berketul ok?
3. Lepas tu kacau sampai jadi halus.
4. Masukkan cheese.
5. Pastu masukkan pulak serbuk perasa, lada hitam, lada putih dan pewarna kuning. Kacau lagi sampai sebati.
6. Haaa kacau sampai teksturnya halussss. Lepas tu tutup api.
 POTATO BALL ALA KFC


BAHAN2

1-350 gram ubi kentang( direbus dengan sedikit garam dan gula secukup rasa)
2-250 gram tpg gandum( saya guna sehingga adunan sebati ja dan mix sedikit tepung jagung untuk bagi rangup)
3-5 biji telor( saya guna 1 ja sebab ubi kentang sikit,bergantung jumlah ubi kentang yang digunakan)
4-serbuk lada( saya tak guna sebab dah habis..huhu)
5-250 gram keju yang dipotong dadu
6-serbuk roti secukupnya
CARA2

1- ubi kentang yang direbus tadi dilenyek sehingga hancur( blender ja senang..hehe)
2-tabur lada,tepung sehingga sebati
3-ambil adunan sebesar bebola leperkan dan masukkan keju ditengah dan bulatkan( seperti dalam gambar)
4-golekkan dalam serbuk roti
5-golekkan dalam telor yang telah dipukul
6-kemudian golekkan sekali lagi dalam serbuk roti sehingga semua bersalut rata
7- gorengkan dalam minyak yang panas sehingga warna menjadi keperang perangan dengan api yang sederhana sebab serbuk roti cepat hangus nanti
8- angkat dan boleh dimakan dicicah bersama sos cili..


Ehhhh...jangan lupa taw.
cuba jangan tak cuba..
sedap sesangat.
i told youuuu...
okaylah, jumpa lagi nnt..
daaaa..
assalamualaikum.
muaahhhhhh <3





PETUA HILANGKAN JERAWAT (Mr. J)

Posted by nurul tasnim at Wednesday, April 08, 2015 0 comments
Assalamualaikum..
Selamat Pagi semuaa..
Haaaa... meh kita kongsi-kongsi pak choyyy petua tok nenek hari neh..ngeh2 Hari neh, tasnim search for various petua tuk hilangkan jerawat.. wanita ni kalau nampak jerawat sebijik je melekat kat muka dia, apalagi jerit sekampung pun dengaq...wehhh... kat muka kotttt?!?! The most precious part of body..keh3

Asal tetiba pepagi neh aku citer pasal ni? Sebab muka aku pun...ohhhmyyyy...jerawat, nyahhh kau sekarang dari hidup aku.. GO!!!! hahaha *trauma jerawat tuu kalau kena penangan ngan meroyannya wanita dengan Mr. J a.k.a pimple... musuh ketat beb.

see??? yang kat pipi , bawah sikit tuuu... wuarrgghhh!! T_T

okayyy...tak nak bebel banyak2.. jom tengok apa gegurlz boleh buat nak nyahhhkan Mr, J neh..muahaha

PETUA PERTAMA
Pukul putih telur sehingga berbuih. Then tumbuk suku ulas bawang putih bersama sepotong lobak merah. Pehtu, campurkan kesemua bersama sesudu kecil madu. Dah? Apalagi, sapu ahhh kat muka selama 30 minit. After that, basuh ngan air biasa or air suam. 

PETUA KEDUA
First, amek kunyit hidup pastu tumbuk lumat. Pastu, campuq ngan asam jawa (tanpa biji) bersama air. Then, sapu kat muka. After 20 minutes, bolehlah cuci muka tuuu.. Akan rasa muka lebih fresh and halus+licin giteeewwww ! kalau selalu amalkan, Mr. J memang fed up laaaa..

PETUA KETIGA
Pastikan korang ada madu. Madu kan ubat untuk bermacam-macam penyakit. Al-Quran pun ada sebut benda neh. so, amek sedikit madu campur sikit ngan bedak sejuk. Pehtu, tempek je kat tempat jerawat tu.. Buat 2x sehari.

PETUA KEEMPAT
Tahu buah tomato? Ahhhh.. I love this fruit. Sedap kot... Okay, amek sebiji buah tomato , belah leper2.. then lumoq(lumur) ke seluruh bahagian muka. After 1 hour or sehingga dah kering, bilaslah muka anda dengan air suam. Kalau nak kesan yang superb, korang rajin-rajinlah makan buahnya sekali ehhh.. macam tasnim ni, every day 2 biji buah tomato WAJIB!

PETUA KELIMA
Petua ni paling senang. Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dikeringkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam. Serious cakap, muka jadi licin gilaa pas basuh ngan air beras. Tak caya? cubalah...walawehhhhh...

PETUA KEENAM
Kite guna timun lak okay.. simple je caranya.. Korang blend je timun tu. Pehtu, korang tapis. Hampasnye tu korang sapu kat muka. Dah 30 minit tuu, korang basuh laa muka ngan air sejuk. Juice tuu korang minum hokkayy.. Nak sedap lagi, juicenye tu korang tambah sikit madu + air limau nipis naaa... superb! sedap wehhh...

PETUA KETUJUH
Yang last neh, rasanya semua dah biasa dengar. Lidah buaya. Amek lidah buaya ni, kupas..amek lendirnya..lumoq ke muka. After kering around 30 minutes, wash your face. DONE. Kena consistent taw kalau buat petua ni.. Ulang every morning and evening. 

Petua yang paling penting yang korang kena buat di samping petua-petua kat atas ini ialah. Amalkan membaca 
"Bismillahi tawakkaltu álaillahi,walaa haula wala quwwata illa billah, Alahumma shalli ála sayyidina Muhammad (3x), syafakallah Ya Zal Jalali wal Iqram (3x)" 

okayyyy...tawakal kepada ALLAH.. nnt ALLAH sembuhkan and cantekkan kulit korang. and jangan lupa lafaz älhamdulillah" kalau muka dah cantek cun melecun tuuu...

cukuplah setakat tuuu..
kita bertemu lagi kok untuk entry seterusnya.
cuba jangan tak cuba.
kalau berjaya, sebar2kan ilmunya..
daaa...
assalamualaikum.
with love 
-TASNIM-


Wednesday, 1 April 2015

Ohhhh my diet !!!

Posted by nurul tasnim at Wednesday, April 01, 2015 0 comments
assalamualaikum..
hye2 everybody :D

Lamanya kan tak bertemu.. uolls sihat x ? *okay hari mood nak guna bahasa gediks hihi Alhamdulillah iolls kat sini sihat sentiasa. always. bukan setakat sihat uolls. but :'( chubbynya menjadi-jadi weh. walawehhh sedih gileeee (bak kata org keyeelll). klu iolss kata apaaa? sedeh baqhiangggg..wuarrggghh. *lap-lap hinguih

apa cer tetiba tajuk jadi yang macam kat atas tuuu? alkisahnye begini... pada satu hari... ahhaaaa,satu hari sangat! ni mummy i laaa punya pasai.. she said....

mama : diet laa..pipi tu bambam macam doraemon dah mama tengok.
me : alaaa.. kisah laa sangat kannn.... biaq pi lah..lagi comei what ? *mood perasan (tp... dah betoi kann... oppsst )
mama : nnt ______ mai umah tengok bakal dia cemni, tak taw laaa (sambil geleng2 kepala)
aku : *muka monyok + hentak2 kaki (apa montel sgt ke aku? wuarrrgggghh)

sooo, bermulalah kisah menyayat hati di mana aku terpaksa say bye2 to all my favourite food.. ohhh nooo!!! (meroyan-royan) 

ini semua jadi pasai kes aku duk rumah laa..dah praktikal kan.. asal duk umah ja apa lagi...badan tuu macam dipam-pam angin taw.. :'( semua barang nk masak dah ada kan.. tinggal rajin ke idok je nak masak. as for me, aku memanggggg sangat lah rajin bab2 masak-memasak niiii... (untung laa my hubby nnt, gemukssss! HAHAHA *gelak jahat) so asal lapaq jaa, aku masuk dapuq. kita mulaaa operasi! kah3 

aku ni memang tak perasan ahh bab2 gemok ke idok ni..sebab aku rasa aku muat jaa semua baju aku.. kalau orang perempuan ni die mula meroyan kalau baju semua tak muat jaaa... aku tak dak masalah tuu..so, aku relax jaaa and continue makan makan makan and makan lagiiii...HAHAHA its sooo me...

tengokkk pipi tuuu...sebelah je cukup laa membuktikan yang kite dah jadi doraemon :'(

so, what i do? kite start diet nooohh.. bersabarlah wahai diri. nanti lepas kite da kawen , boleh makan bebanyak.. weehaaaa ...!!! apa punya niat daaaa.. bak kata my younger brother "ceh, diet sebab nak kawen jaaa.." i reply to him "sooo what?" (jawapan mintak penampar) *ehhh tapi bilanyaa yang aku nak kawen pon taktaw..kikiki

ehhh tapi aku makan tu tak de lah banyak sangat.. just nice je kot aku rasa.. tapi dah chubby dari kecik kan..so chubby jugak laa makan banyak mana pon..HAHAHA (jawapan selamat)

as for now, aku cuba laa kawal nafsu makan + kerajinan memasak aku.. huhuhu doakan kite tak kebuloqq..HAHAHA #praystasnimkuruih #MUAHAHAHA

till meet then
daaaaa
assalamualaikum









"Saya doakan Tasnim cepat bertemu jodohnya yang memenuhi kriteria2 yang digariskan dalam Islam dan hadis Rasulullah iaitu kecantikan, keturunan, harta dan agamanya.Dan agamalah sebaik2 kriteria." -syukran doakan tasnim sahabat semua ♥



>
 

✿Si Gadis Manis✿ Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos