assalamualaikum my dear.
sihat tak?
hokkayyy.. tasnim here. untuk kongsikan something. R.E.S.E.P.I to all of youuu.. totally amazing taw. tasnim yang memang penggemar ubi kentang ni.. amatlah terujaaaa!*mata bersinar-sinar
dapnyeeee..sedapnyeee...kih3 so, apalagii....meh la kita mencuba R.E.S.E.P.I berasaskan kentang pada hari neh. Sesuai gak ahh bagi sesape yang memang tengah diet tu kannn? Macam tasnim nie, diet hampeh je la.. kekadang diet, kekadang hentam je ahhh..janji perut tak meragam and aku happpyyyyy!!!
soooo.. ada empat R.E.S.E.P.I yang iolsss nak sharing2 ngan korang semua.. There are :
1. Fries ala KFC
2. Wedges ala KFC
3. Cheesy sauce ala KFC
4. Potato Balls ala KFC
semua nak ala2 KFC... hihihi okaayyyy..lets gooo! *credit to Norafidah Ali
FRIES ALA KFC
BAHAN2
Kentang.
Tepung gandum.
Baking Powder.
Baking soda.
Garam.
*Jika guna tepung serbaguna tak perlukan baking powder dan baking soda.
CARA2
1.Potong kentang mengikut saiz yang dikehendaki.agak-agak macam kentang kat Kfc tu la ya:)
2.Kemudian rebus dengan sedikit garam hingga 1/2 masak dan toskan.Gaul
dengan tepung yang di ayak dengan sedikit baking powder dan baking
soda.
WEDGES ALA KFC
BAHAN2
2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
2 sudu teh serbuk lada hitam l
1 sudu teh serbuk cili
1 biji putih telur - dikocok (aku pakai jugak kuning telur, Malas nak asing2)
Tepung gandum secukupnya untuk salut
Garam
CARA2
1.kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah
bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
3.Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang. (Aku gaulkan je dalam bekas besar)
4.Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi
satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
5.Hidangkan panas² bersama sos cheesy wedges, thousand island & mayonis.
CHEESY SAUCE ALA KFC
BAHAN2
3 sudu tepung gandum
Setengah buku butter
2 kiub pati ayam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit lada putih
Sedikit lada hitam
12 keping cheese
500 ml susu penuh krim
Pewarna kuning
CARA2
1. Cairkan butter dalam non-stick pan. Tapi kalau takde, boleh je guna pan biasa pun.
2. Lepas tu masukkan pulak susu dan tepung gandum. Gaul sampai tak berketul ok?
3. Lepas tu kacau sampai jadi halus.
4. Masukkan cheese.
5. Pastu masukkan pulak serbuk perasa, lada hitam, lada putih dan pewarna kuning. Kacau lagi sampai sebati.
6. Haaa kacau sampai teksturnya halussss. Lepas tu tutup api.
POTATO BALL ALA KFC
BAHAN2
1-350 gram ubi kentang( direbus dengan sedikit garam dan gula secukup rasa)
2-250 gram tpg gandum( saya guna sehingga adunan sebati ja dan mix sedikit tepung jagung untuk bagi rangup)
3-5 biji telor( saya guna 1 ja sebab ubi kentang sikit,bergantung jumlah ubi kentang yang digunakan)
4-serbuk lada( saya tak guna sebab dah habis..huhu)
5-250 gram keju yang dipotong dadu
6-serbuk roti secukupnya
1- ubi kentang yang direbus tadi dilenyek sehingga hancur( blender ja senang..hehe)
2-tabur lada,tepung sehingga sebati
3-ambil adunan sebesar bebola leperkan dan masukkan keju ditengah dan bulatkan( seperti dalam gambar)
4-golekkan dalam serbuk roti
5-golekkan dalam telor yang telah dipukul
6-kemudian golekkan sekali lagi dalam serbuk roti sehingga semua bersalut rata
7- gorengkan dalam minyak yang panas sehingga warna menjadi keperang
perangan dengan api yang sederhana sebab serbuk roti cepat hangus nanti
8- angkat dan boleh dimakan dicicah bersama sos cili..
Ehhhh...jangan lupa taw.
cuba jangan tak cuba..
sedap sesangat.
i told youuuu...
okaylah, jumpa lagi nnt..
daaaa..
assalamualaikum.
muaahhhhhh <3

0 comments:
Post a Comment