Friday, 1 February 2013

SIRAH : IKRAMAH PENENTANG JADI PEMBELA

Posted by nurul tasnim at Friday, February 01, 2013 0 comments
 
assalamualaikum.
tasnim kembali :)
suka tak ?? suka tak ??
hehe
ok lah , kali ni meh cungkil bakat tasnim sikit.
err.. apakah ?
haha
actually , tasnim ada nak share kat korang sume 
satu sirah sahabat nabi kita (Muhammad s.a.w)
siapakah beliau yang terpilih ?
dialah....
IKRAMAH PENENTANG JADI PEMBELA

Ikramah anak kepada Abu Jahal dan dilahirkan drp keluarga bangsawan Quraisy. Sejak kecil, dia dididik menjadi seorang pahlawan dan apabila besar Ikramah menjadi seorang panglima muda yang gagah berani, penunggang kuda yang handal dan banyak pengalaman berperang.

Sebelum memeluk Islam, Ikramah bin Abu Jahal amat memusuhi Nabi Muhammad SAW sama seperti ayahnya. Kebencian Ikramah semakin menebal selepas ayahnya terbunuh dalam Perang Badar. Semasa tentera Islam memasuki kota Mekah, Ikramah dan pasukan tenteranya berazam untuk menewaskan Rasulullah tetapi berjaya dikalahkan oleh pasukan tentera yang dipimpin oleh Khalid bin Walid.

Kerana berasa takut dibunuh oleh tentera Islam yang menakluk Mekah, Ikramah  melarikan diri ke Yaman tetapi kedatangannya tidak disenangi oleh penduduk negeri itu. Kemudian, beliau bercadang meminta bantuan daripada Raja Habsyah. Dalam pelayaran menuju Habsyah, kapal yang dinaikinya dipukul ribut dan hampir karam. Ketika itu, Ikramah bernazar  sekiranya terselamat daripada bencana itu, dia kembali ke Mekah menemui Rasulullah. Akhirnya, dia terselamat daripada bencana itu.

Kemudian, Ikramah kembali ke Mekah lalu menemui Rasulullah. Beliau tertarik melihat keperibadian Baginda yang mulia. Rasulullah tidak membenci ataupun membalas dendam kepada Ikramah walaupun dia pernah menyatakan beliau adalah musuh utamanya. Ikramah kagum dengan keperibadian baginda yang pemaaf dan pengampun. Apabila diajak masuk Islam oleh baginda, Ikramah meminta tempoh hendak berfikir dahulu kerana tidak mahu dituduh masuk Islam kerana takut ataupun dipaksa. RAsulullah bersetuju dengan permintaannya.

Sejak memeluk Islam, taubat memasuki segala ronggan nadi dan hati Ikramah. Setiap hari dia membaca al-Quran, sembahyang dang mengerjakan ibadah yang lainnya. Pada musim haji, Rasulullah mengangkat Ikramah sebagai ketua pemerintahan di Hawazin. Ikramah berasa terharu kerana diberi kepercayaan yang sangat besar dari baginda.

Ikramah dapat merasakan kenikmatan iman di samping Rasulullah sebentar sahaja kerana baginda telah kembali ke rahmatullah. Selepas kewafatan baginda, ramai yang murtad dan mengaku menjadi nabi. Khalifah Abu Bakar melantik Ikramah memimpin pasukan tentera ke Yamamah bagi menumpaskan mereka yang enggan membayar zakat. Sekembalinya dari Yamamah, dia meneruskan perjuangan ke Maharah. Akhirnya, gerakan membersih kaum murtad selesai. Kini, tiba saatnya pengembangan Islam ke daerah pemerintahan Rom  dan Parsi.

Dalam pertempuran di Yarmouk, tentera Islam berjumlah 40,000 orang dan bertempur dengan tentera Rom berjumlah 250,000 orang. Segala perbelanjaan ditanggung oleh Ikramah dan beberapa orang para sahabat. Walaupun ditawarkan bantuan daripada khalifah, mereka menolaknya. Ikramah telah menubuhkan pasukan menggempur sehingga mati dan seramai 400 orang tentera berjaya dikumpulkan untuk menyertai Ikramah. Beliau tetap meneruskan niatnya walaupun cadangannya tidak dipersetujui oleh Khalid al-Walid iaitu panglima perang pada ketika itu. Keberanian tentera ini telah menaikkan semangat tentera Islam yang lain

Tentera Islam menggempur musuh dengan satu serbuan laksana banjir deras hingga pertahanan musuh hancur berderai. Dengan tabah, Ikramah menghadapi pedang dan tombak musuh hingga dada dan mukanya luka parah. Melihat kedaan Ikramah dalam keadaan yang demikian, sahabat mengingatinya, "Takwalah kepada Allah ya Ikramah dan kasihanilah dirimu...."

Dengan tegas Ikramah menjawab, " Dahulu aku berperang untuk Latta dan Uzza serta kuserahkan maut kepadanya. Maka apakah sekarang aku tidak berani mempertaruhkan jiwaku dalam jihad membela Allah dan Rasul-Nya?"

"Demi Allah, aku tetap menyerahkan jiwa ragaku dengan ikhlas kepadaAllah..". Terjadilah pertempuran yang sengit sehinggakan tentera Rom berjaya diundurkan. Ramai antara mereka yang terbunuh dan tercedera. Tentera Islam menyambut kemenangan itu dengan kesyukuran.

Namun...

Di sebuah khemah terdapat 3 orang tentera Islam yang cedera parah...Mereka ialah Ikramah, al-Harith dan Ayyasy..

Menurut Yazid, semasa mereka mngumpulkan mayat-mayat tentera Islam yang syahid, mereka menjumpai tiga pahlawan ini sedang terbaring berlumuran darah. Mereka masih bernafas tetapi keadaannya cedera parah. Kemudian, tiga orang pahlawan yang berani ini segera dibawa ke dalam khemah bagi mendapatkan rawatan.

"Bagaimanakah keadaan mereka? Boleh saya menziarahinya?" tanya Khalid al-Walid.

"Mereka sudahpun tersedar tetapi keadaannya masih lemah kerana banyak darah yang keluar. Sekiranya tuan hendak menziarahinya, mari ikut saya," jawab Yazid.

Kedua-duanya segera menuju ke khemah yang menempatkan tentera yang cedera. Kelihatan Ikaramah, al-Harith dan Ayyasy masih terbaring sambil menahan kesakitan. Panglima Khalid mendekati Ikramah.

"Semoga Tuhan merahmatimu, wahai sahabatku," kata Khalid dengan suara yang lembut.

Ikramah memendang Khalid. Air mata bergenang di kelopak matanya.

"Apa yang saya lakukan demi mendapat rahmat dan keampunanNYA. Saya tidak menyesalinya," kata Ikramah dengan suara yang tersekat-sekat kerana menahan rasa sakit.

"Saya berasa dahaga. Berikan saya air untuk diminum," kata Ikramah.

Tetapi belum sempat dia meneguk air itu, al-Harith bin Hisyam yang juga bapa saudara Ikramah yang terbaring di sebelahnya bersuara, " Saya dahaga. Tolong berikan saya air," rayunya.

Ikramah tidak jadi meneguk air yang diberikan oleh Khalid. "Bapa saudara saya lebih memerlukan air itu. Berikan kepada dia," kata Ikramah.

Panglima Khalid berpaling kepada al-Harith lalu cuba menuangkan air itu ke mulutnya. Tetapi belum sempat air itu dicurahkan ke dalam mulutnya, maka Ayyasy yang terbaring di sebelah al-Harith pula bersuara.

"Saya dahaga. Tolong berikan saya air," rayunya.

Al-Harith  tidak jadi meminum air itu. Dia menyuruh Khalid memberikannya kepada Ayyasy. " Dia lebih memerlukannya daripada saya," katanya.

Khalid berpaling kepada Ayyasy kerana hendak memberinya minum tetapi Ayyasy sudah meninggal dunia. Khalid cuba memberikan air itu kepada Ikramah tetapi dia juga sudah meninggal dunia. Lalu air itu, hendak diberikan keada al-Harith tetapi dia juga sudah meninggal dunia.


wanna knows  full story?? SILA DAPATKAN BUKU ABDUL LATIP TALIB!!

anda akan tahu kisah perjuangan Ikramah sebelum beriman kepada Islam, kisah pengorbanan isteri beliau dalam pencarian mencari Ikramah, kisah hamba Ikramah dan Abu Jahal, kisah Ikramah sepanjang perjalanannya selepas Mekah diatakluki tentera Islam, kisah Ikramah ketika memerangi golongan murtad....etc kisah2 yang sangat menarik!!..

sekian...belajar dari sirah yer

..::ANDAI KATA INGIN MENCINTAI NEGARA BELAJARLAH DARI SEJARAH, MAKA UNTUK MENCINTAI ISLAM BELAJARLAH DARI SIRAH::.. 
dah baca ??
best tak ?
hehe
moga2 cerita di atas menaikkan semangat kita untuk cintakan Islam ,
Rasulullah , keluarga baginda dan para sahabat2 ...
paling utama : cintakan ALLAH ^_^
till then ..
assalamualaikum :)


"Saya doakan Tasnim cepat bertemu jodohnya yang memenuhi kriteria2 yang digariskan dalam Islam dan hadis Rasulullah iaitu kecantikan, keturunan, harta dan agamanya.Dan agamalah sebaik2 kriteria." -syukran doakan tasnim sahabat semua ♥



>
 

✿Si Gadis Manis✿ Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos