Monday, 1 October 2012

siapa wanita cantik ?

Posted by nurul tasnim at Monday, October 01, 2012 0 comments
 
 
selamat petang yep 
sihat semuanya ?
semoga ALLAH sentiasa melindungi kita yeah ^^
 
hari ni tasnim nak kongsi sikit
tentang kewanitaan .
so boys yang xnak tahu ,
boleh angkat punggung and get out .
ceewah bahasa !
sapa ajar ?
errrr.....
 
 
Siapa Wanita Cantik ???
 
 
Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

 
Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.


5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang.Cantik itu subjektif!
 
  till then
jumpa lagi
assalamualaikum :)
 
 

Sunday, 23 September 2012

usaha , doa dan tawakal

Posted by nurul tasnim at Sunday, September 23, 2012 0 comments
 
 hari ni nak feeling2 sikit 
ahhh.. penat rasanya 
nak tido jek teringat nih
petang tadi
ada kelas ngan madam nazahah
garang orangnye
disebabkan xde sape2 yang bawak buku rujukan and slide note
dia langsung kata 
"kelas setakat ini sahaja"
tapi nasib laaa xterus blah kan ?
dia kata continue esok
tp pastikan dah print segala bagai slide note tersebut.
ehhh
esok camna laa kan ?
kelas ganti
disebabkan dah dua minggu kelas dibatalkan
terpaksa lah mengganti kelas terbabit
huhu
:'(
tapi
harap-harapnya tasnim dapat survive 
ngan pelajaran tu ..
dah la dia suruh kitorang yang present sendiri
for me yang x pernah belajar bab2 bisnes ni
memang garu kepala la jugak
haiyaaaa..
 
tapi 
xpe3..
dugaan itu membuatkan kita lebih kuat
lebih kuat utk berusaha
chaiyokkk !!
tasnim boleh .
*tetiba semangat lebih kan ? hihi
 for those kekawan
yang dapat kos di luar bidang kita dulu2
usaha kita kena lebih laa
kan ?
xpe .. 
ingat ALLAH sentiasa bersama kita
be chill baby :D
insyaALLAH urusan kita akan dipermudahkan
doa itu kan senjata orang mukmin ?
so
make sure doa yang baik2 ye sahabat !
 
di samping usaha dan tawakal kepadaNYA
ingat ALLAH , anda akan tenang
(Ar-Ra'dhu,13:28)
^^
 
 
 
 sama2 kita mendoakan antara satu sama lain eh ?
good luck awak sume
uhibbukunna fillah <3
assalamualaikum
:)
 
*tadi IMAN datang umah kat ktu . ada sorang housemate saya bersorak girang . well senior kesayangan datang kan? HAHA saya doakan untuk awak eh ? mana tawu jodoh awak ngan dia :p . utk budak rumah sebelah , jangan berebut taw . dia ada kuota 4 . so , dont worry . HAHAHAHA ^^ *joking moking jek. jangan marah ea ? hihi
 
 

Tuesday, 18 September 2012

doa sesorang kekasih

Posted by nurul tasnim at Tuesday, September 18, 2012 0 comments
 
well we meet again guys .
lot of miss in action here .
what derrr ??
merepek sesorang 
keseorangan malam ni 
huhu
rumate i ada kelas
so merepek laa sesorang kat blog kan ?
hoho
 
apa kata malam ni kita jiwang sikit ?
sikit jek .
janji janji
hahahaha
:D
 
jum sesame nyanyi ngan tasnim nak ?
 
DOA SEORANG KEKASIH

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
nak videonye ?
xtahu intonasinya ?
search kat youtube ek ?
hahaha
 
with love
assalamualaikum :)
eh sape ek bakal suami saya ? *tetiba :p
 
 
 

Sunday, 16 September 2012

SIRAH : Ummu 'Ummarah

Posted by nurul tasnim at Sunday, September 16, 2012 0 comments
 
kita sambung lagi
mood : bersirah memalam buta?
hehe
janji pengisian hingga ke pangkal hati
insyaALLAH
 
kali nih meh bercerita tentang
srikandi islam lak
nak tahu siapa?
dialah...
"ummu 'ummarah @ ummu sulaim"
 
Ummu ‘Umarah r.a atau dikenal juga sebagai Ummu Sulaim rha. telah dirahmati dengan berbagai kehormatan, diantaranya adalah kehadiran beliau di Uhud, al-Hudaibiyyah, Khaibar, Hunain dan Peperangan Yamamah. Namun peranan beliau yang paling mulia adalah ketika Peperangan Uhud.

Ummu ‘Umarah rha telah menyertai peperangan tersebut bersama suaminya, Ghaziya, berserta dua orang anak lelaki beliau. Tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas beliau adalah untuk memberi air kepada para Mujahid yang cedera. Akan tetapi Allah SWT telah menetapkan satu peranan yang lebih besar dan mulia untuk beliau. Maka beliau pun mengatur langkah bersama-sama dengan keluarga beliau dengan sebuah Qirbah (tempat air terbuat dari kulit kambing) untuk mengisi air. Mereka tiba di medan perang pada awal pagi hari. pasukan Islam, ketika itu, sedang menguasai peperangan dan beliau telah pergi melihat keadaan Rasulullah SAW. Pada masa yang sama sebilangan pasukan Islam telah membuat satu kesilapan yang teramat besar – melihat pasukan Quraish mundur, mereka mulai berlari-berkejaran mendapatkan harta-benda rampasan perang, melanggar perintah Rasulullah SAW supaya tetap di posisi mereka di atas bukit.

Khalib bin Walid, (yang ketika itu belum lagi memeluk Islam), apabila melihat benteng pertahanan yang telah terbuka itu kemudian memimpin serangan balasan ke atas pasukan Islam. Kemenangan peperangan beralih kepada pihak Quraish. Dalam suasana kalang kabut itu, banyak dari kalangan pasukan Islam panik dan mundur, meninggalkan Rasulullah SAW bersama-sama sekumpulan kecil para Sahabat ra . Di kalangan mereka ini termasuklah Ummu ‘Umarah rha.

Melihat ramai dari kalangan pasukan Islam yang mundur, Ummu ‘Umarah rha kemudian berlari ke arah Rasulullah SAW dan mengangkat senjata demi mempertahankan baginda SAW, bersama-sama dengan suami dan kedua anak lelakinya. Rasulullah SAW menyadari yang Ummu ‘Umarah rha tidak mempunyai perisai kemudian baginda SAW memerintahkan kepada salah seorang daripada mereka yang sedang berundur supaya memberikan perisainya kepada Ummu ‘Umarah rha yang sedang bertarung. Setelah mendapat perisai tersebut, Ummu ‘Umarah rha mempertahankan Rasulullah SAW menggunakan busur, anak panah dan juga pedang.

Ummu ‘Umarah rha diserang oleh pasukan berkuda tetapi beliau tidak sekalipun gentar atau merasa takut. Beliau kemudian telah berkata, “Apabila mereka itu tidak berkuda seperti kami, niscaya telah kami hancurkan mereka, insya-Allah.” Abdullah ibn Zayed, anak lelaki beliau, telah mengalami cedera ketika peperaang tersebut. Lukanya itu berdarah banyak sekali. Ibunya berlari kepadanya dan membalut lukanya itu. Kemudian Ummu ‘Umarah rha memerintahkan anak lelakinya itu, “Majulah dan perangi mereka, anakku!” Rasulullah SAW mengagumi semangat pengorbanan beliau dan telah memuji beliau, “Siapakah yang dapat menanggung apa yang kamu mampu tanggung, Ummu ‘Umarah!” Tiba-tiba lelaki yang telah menlukai anak lelakinya mendekat dan Rasulullah SAW berkata kepada beliau bahwa inilah lelaki yang melukai anaknya. Ummu ‘Umarah rha dengan berani menantang lelaki tersebut, yang menurut anak Ummu ‘Umarah rha sendiri, adalah seperti pohon perdu yang besar. Ummu ‘Umarah rha melukai kaki musuhnya itu, menjatuhkannya sehingga berlutut. Rasulullah SAW tersenyum sehingga menampakkan gigi baginda SAW dan berkata, “Kamu telah membalasnya, Ummu ‘Umarah!” Setelah lelaki tersebut dibunuh, Rasulullah SAW kemudian berkata “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kamu kemenangan dan menggembirakan kamu atas musuh kamu dan mengizinkan kamu dapat menuntut balas.”

Pada satu ketika, Rasulullah SAW telah tertinggal seorang diri. Melihat peluang keemasan itu, pihak musuh, Ibn Qumay’a segera menyerang Rasulullah SAW sambil menjerit “Tunjukkan Muhammad padaku! Aku takkan selamat sekiranya dia diselamatkan!”. Kemudian Mus’ab ibn ‘Umayr ra, bersama-sama dengan beberapa orang sahabat yang lain, bergegas mempertahankan Rasulullah SAW. Ummu ‘Umarah rha yang turut bersama-sama dengan mereka terus menebas musuh Allah itu, walaupun dia memakai dua lapis baju besi. Ibn Qumay’a berjaya melukai bagian leher Ummu ‘Umarah rha, dan meninggalkan luka yang parah. Rasulullah SAW terus memanggil anak lelaki Ummu ‘Umarah rha, memerintahkannya membalut luka ibunya sambil mendoakan kerahmatan dan kesejahteraan ke atas mereka dan menyatakan kemuliaan mereka. Ummu ‘Umarah rha, bila menyadari Rasulullah SAW menyukai kesungguhan dan keberanian beliau, kemudian meminta Rasulullah SAW supaya berdoa agar mereka dijadikan Allah di kalangan sahabat-sahabat Rasulullah SAW di syurga nanti. Setelah Rasulullah SAW berdoa, Ummu ‘Umarah rha kemudian berkata, “Aku tidak pedulikan apa saja yang menimpaku di dunia ini!” Pada hari tersebut, Ummu ‘Umarah rha menerima tiga belas luka dan luka di lehernya yang terpaksa dirawat selama setahun.

Beliau kemudiannya juga menyertai Peperangan Yamamah, di mana beliau menerima sebelas luka dan kehilangan tangan. Keberanian Ummu ‘Umarah rha menyebabkan semua para Sahabat ra menghormati beliau, terutama para Khalifah yang akan mengunjungi beliau dan senantiasa memperhatikan keadaan beliau. Umar ibn Khattab ra telah menerima kain-kain sutera yang sangat bagus buatannya. Salah seorang yang berada di situ berkata bahawa kain tersebut sangat mahal dan Umar ra sebaiknya memberikannya kepada isteri Abdullah ibn Umar ra, Safiyya bint Abu ‘Ubayd. Umar ra walaubagaimanapun tidak mau memberikan kain tersebut kepada menantunya. “Ini adalah sesuatu yang tidak akan kuberikan kepada ibn Umar. Aku akan berikan kepada seseorang yang lebih berhak keatasnya – Ummu ‘Umarah Nusayba bint Ka’b rha.” Umar ra kemudian menceritakan bagaimana ketika Peperangan Uhud, beliau mendengar Rasulullah berkata bahawa apabila baginda SAW melihat ke kiri maupun ke kanan, baginda melihat Ummu ‘Umarah rha sedang bertarung di hadapan baginda SAW.

Inilah kehidupan Ummu ‘Umarah rha, pejuang yang tetap berdiri apabila ramai yang mundur, yang menyuruh anaknya yang cedera parah kembali menyertai peperangan yang sengit, dan yang siap menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan Rasulullah SAW. Sebagai balasan, beliau menerima doa agar dijadikan di kalangan sahabat Rasulullah SAW di syurga. Moga Allah SWT merahmati para Muslimah kita dengan keberanian, semangat pengorbanan dan istiqamah yang sedemikian.
 pengajaran : so apa tunggu lagi sahabat2 . mari sama2 angkat pedang lawan musuh . hihi ada ke cam tu ? tak2 , tasnim gurau je . kta berjihad sekarang bukan lag di medan perang tapi jihad lawan nafsu sendiri . kena kuat . iman kita yang akan bimbing kita . so jaga iman kita baik2 . ingatan untuk diri sendiri jugak . ehem .

thats all
with love
assalalmualaikum :)


Thursday, 13 September 2012

SIRAH : Rasulullah menangis sepanjang malam

Posted by nurul tasnim at Thursday, September 13, 2012 0 comments
S
 
selamat malam :)
erm.. tika ini mari sama-sama
kita hayati 
sirah Rasulullah
permintaan dari seorang kawan tasnim
hye hye ^^

Sirah Rasulullah Menangis Sepanjang Malam
 
Pada satu ketika Rasulullah SAW menangis sepanjang malam dan mengulangi ayat ini sehingga ke pagi.

 ” Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yan g menghalang perbuatanMu) kerana sesungguhnya mereka ialah hambaMu. dan jika Engkau mengampunkan mereka, sesungguhnya Engkau sahajalah Yang Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana.” (Al-Maidah : 118)

Diberitakan juga pada satu malam Imam Abu Hanifah rah. telah menangis sepanjang malam sambil membaca,. : 

 ‘Dan sebaliknya dikatakan kepada org kafir, berpisahlah kamu pada hari ini wahi org yang berdosa (daripada bercampur gaul dengan org yang beriman.” (Ya Sin :59)


ayat ini membawa makna bahawa org-org yang menderhaka kepada Allah SWT akan diperintah supaya berpisah daripada mereka
yang berbakti kepadaNya. mereka juga tidak dibenarkan bergaul dengan solehin sebagaimana yg diperbuat oleh mereka di dunia.

pengajaran : Berdasarkan perintah di atas, sebanyak manapun kita menangis sebenarnya masih tidak mencukupi kerana tidak diketahui tempat kita akan dihimpunkan sama ada di kalangan mereka yg bersalah atau di kalangan mereka yg taat. jadi , mari bertaubat dan beramal dengan ilmu yang ada :)

Wednesday, 12 September 2012

MDS best ?

Posted by nurul tasnim at Wednesday, September 12, 2012 0 comments
 
hyepp !
bertemu kembali kita
alhamdulillah :)
masih dipilih ALLAH untuk terus bernafas di muka bumiNYA
sama2lah kita melafazkan rasa kesyukuran
kepada DIA
 
eh
apa tu MDS ?
tak tahu ?
meh sini nak bagitaw.
ceewah ceewah
>,<
 
MDS tuuu
singkatan kepada Minggu Destini Siswa
hanya hak cipta terpelihara 
Uitm sahaja okeh ?
Uitm Di Hatiku....*tetibaa
heheh

overall MDS kali best lah bg tasnim
tak payah nak kalut2 sgt
relax jek banyak
hehe
best best

bagi sesape yang suka aktiviti banyak tu kan 
buat sendiri okeh ?
hihew
 
nak jugak kenalkan kak2 and abg2 pm( pembantu mahasiswa)
yang dah banyak tolong tasnim and kawan2
banyak tunjuk ajar yg diberikan
apa2 pun , jasamu dikenang
ceewah :)
 
 
 ni lah pm kami di
Uitm Kedah
hihi
 
mereka sangatlah awesome.
sporting mehh
^^

and last but not least
ni pulak picture kami semua bersama
kenangan itu............
ceewah tetiba rasa nak nyanyi jap
feeling feeling
heheh




try cari tasnim jika anda bijak
hihi

till then
assalamualaikum
and tolong ...
doakan tasnim cepat sembuh
masih di rumah 
atas sebab kesihatan :(
nak balik u cecepat
nak belajar
weeehaaa :D


Saturday, 8 September 2012

ujian ALLAH =)

Posted by nurul tasnim at Saturday, September 08, 2012 0 comments


 
kaifahalukum akhawat wa ikhwah ??
moga2 ALLAH curahkan kesejahteraan serta kerahmatanNYA
kepada semua yang sudi membaca entry tasnim 
agak lama kan eden menyepikan diri ?

well .
tasnim nak ucapkan tahniah kepada semua kawan2 
yang alhamdulillah dipilih untuk masuk u
dengan pelbagai kos
dengan bermacam jenis u.
 
and 
untuk sekelian kalinya 
nak kongsi rasa kesyukuran dan kegembiraan
alhamdulillah
tasnim diterima untuk menyambung pengajian
dalam bidang
pengurusan perniagaan
(islamic banking)
di...
Uitm Merbok , Kedah
:D
 
 ramai yang jeles.
ramai yang tak percaya.
asal eh ?
 
jeles sebab u tersebut dekat jek ngan umah tasnim
dalam kedah jugak
i mean kalau dr umah ke uitm 
amek masa dalam sejam setengah je pun ^^
 alhamdulillahurabbi...
 
tak percaya ?
sbb tasnim futher dalam islamic banking
pecahan kepada akaun laa kan ?
padahal di asasi n sekolah menengah dulu
tasnim amek subjek sains
pelik sangat eh ??
 
tapi
percaya atau tak
inilah pilihan tasnim selama ni..
benda yang tasnim idamkan dari dulu lagi
dari form 4 dulu kala
huhu
 
and
alhamdulillah
ALLAH permudahkan untuk tasnim
syukur sangat2
:')

now 
this day
this hour
this second
i am here !
become pelajar universiti teknologi MARA
and
i am proud with that
^^

no matter what people talk about
no matter what others think
alhamdulillah
ALLAH permudahkan urusan tasnim
tasnim bahagia di sini.

tetapi
sesuatu telah merunsingkan hati tasnim
erm...
actually 
tasnim tak berapa sihat sangat
tasnim diuji
tasnim demam campak
huhu :'(

tolong doakan eh 
supaya tasnim cepat sembuh
syukran awak semua 
jasamu dikenang =)
sesungguhnya ALLAH saja dapat membalasnya .

esok petang abah datang amek
sedihnyeeeeee :'(
kita jumpa lagi
assalamualaikum
 

Friday, 17 August 2012

salam aidulfitri

Posted by nurul tasnim at Friday, August 17, 2012 0 comments
assalamualaikum

hoyeeahh !
tasnim kembali menaip secebis kata buat sahabat sekalian
yang amat tasnim kasihi kerana ALLAH 
insyaALLAH ^^

akhirnya ramadhan bakal meninggalkan kita
sedih....
:'(

buat sahabatku ,
adakah ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya ?
apakah pengajaran yang kita peroleh sepanjang bulan puasa ini ?
bagaimana pula dengan amalan kita pada bulan mulia ini?
ada peningkatan , alhamdulillah ...
sama jek ? , berubahlah....
semakin berkurangan ?! nauzubillah ....
hakikatnya 
pintu taubat ALLAH masih terbuka
jadi ,
marilah sahabat tersayang sekalian *termasuk diri ini*
sama2 kita kembali ke pangkuan nya
*oppsstt.. bukan mati ek*
kembali menjalankan tanggungjawab kita sebagai 
HAMBA
juga KHALIFAH

jadikan ramadhan ni titik permulaan
bagi kita memperbaiki diri kita
insyaALLAH , ingatlah selalau bahawa
ALLAH sentiasa bersama kita 
DIA tidak pernah meninggalkan kita keseorangan
:D
  

dan esok syawal bakal menjelma
hari kemenangan bagi umat Islam
bersyukurlah kepada ALLAH
kerana kita masih dipilih olehNYA
untuk bertemu syawal.

dan sentiasalah berdoa
minta dipertemukan lagi dengan ramadhan kareem
dan syawal tahun hadapan.

semoga ramadhan kali ini
membawa seribu erti dalam hidup kita selamanya

semoga syawal nanti
membawa sejuta kesyukuran buat kita

jadi
dikesempatan ini
tasnim sekeluarga 
ingin mengucapkan
"Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin"

mohon diampunkan segala salah dan silap
sepanjang bergelar manusia
yang selalu leka dan alpa
yang juga hidup hanya dengan satu tujuan
iaitu
'mencari keredhaan NYA'
insyaALLAH




"SELAMAT HARI RAYA"
^_^

till then
jumpa lagi lain masa
insyaALLAH
assalamualaikum




Friday, 13 July 2012

cinta hakiki buat Illahi

Posted by nurul tasnim at Friday, July 13, 2012 0 comments
assalamualaikum 
hai !
alhamdulillah akhirnya kita bertemu lagi..
setinggi2 syukur tasnim panjatkan kepada YANG MAHA ESA
kerana still memberikan pinjaman nyawa kepada kita hambaNYA :)

tasnim kembali dengan satu perkongsian ilmu yang pastinya , insyaALLAH. sorry eh kepada sahabat2 di luar sana yang mungkin menunggu kemunculan entry baru dari tasnim. kadang-kadang terdapat kekangan dalam hidup yang tak dapat tasnim tangani. ceewah , ayat ! bajet bajet . wuhuuu

oke lah , berbalik kepada topik kita . tasnim nak cuba kupas dengan sebaik boleh . apa ya ? oke hari neh jom kita berbincang dari hati ke hati tentang cinta . bukan cinta manusia tetapi kepada pencipta ^^ are you ready kids sahabat2 tersayang?

ALLAH
 
kenalkah kita akan ALLAH ?  ALLAH pencipta kita semua . ALLAH sangat sayangkan hamba-hambaNYA sebab itu ALLAH  sentiasa ada buat kita . jika terasa diri semakin menjauh dari ALLAH , ketahuilah bahawasanya kita yang telah menjauhkan diri kita denganNYA . ketahuilah sahabat ....

 Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, disebutkan bahawa jika kita menghampiri Allah sejengkal, Allah akan mendekati kita sehasta. Jika kita menghampiri Allah sehasta, Allah akan mendekati kita sedepa. Jika kita datang kepada Allah dengan berjalan, Allah akan datang kepada kita dengan berlari.

tak kenal maka tak cinta . tak kenal maka taaruf . mari bertaaruf dengan ALLAH . kenali ALLAH dengan lebih mendalam . dengan lebih dekat . tunjuklah bahawa kita sangat sayang akan ALLAH . sangat cinta kepadaNYA . sangat peduli akan diriNYA . sangat memerlukan DIA di sisi . dan DIA lah segala-galanya bagi kita . insyaALLAH kita mampu lakukannya :)



Untuk mengenal Allah tidak sama seperti kita mengenal manusia. ALLAH itu Tuhan Yang Maha Esa. Tidak boleh dipandang dan dibuat andaian tentang jasad dan kekuasaanNYA. Jika ingin mendekati seorang raja terdapat pelbagai adab dan tertib, maka untuk mengenali raja kepada semua raja dan tuhan seluruh alam sudah tentulah terdapat adab dan tertib yang lebih sempurna.

apa tujuan ALLAH ciptakan manusia di atas muka bumi ini ya ?

1. for nothing ?
2. for enjoy ?
3. or for what ?

ALLAH itu unik . DIA ada agenda tersendiri untuk apa manusia diciptakan . DIA MAHA MENGETAHUI . dan ALLAH juga dah sebut banyak kali dalam kitab tercintaNYA bahawasanya manusia ini dijadikan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyembahNYA . 

Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah sholat untuk mengingati Aku”. (Taha : 14) 

hari ini .
di saat ini .
tanyalah kepada diri anda .
"adakah aku sudah mengenali penciptaku?"
"adakah aku sudah cukup mencintaiNYA?"
"adakah aku mencintai diriNYA lebih dari segala-galanya?"
dan 
yang pasti 
jawapan itu hanya anda yang tahu.

terdetik pula persoalan itu kepada diriku . aku manusia biasa . yang pastinya tidak sempurna . yang banyak salah silap dan dosanya . tapi aku masih lagi diberi kurniaan tak terhingga oleh ALLAH. kekadang aku tertanya-tanya mengapa susah benar manusia untuk menerima kenyataan
hidupnya. mengapa selalu mengeluh untuk sesuatu yang dah tentu bukan mliik kita . apa yang ada di dunia ni hanya sementara sahaja . apakah perlu untuk berkeluh kesah di atas apa yang bukan hak kita? ia miilik ALLAH yang pastinya. jadi , persoalan "kenapa aku tak dapat?" or even "kenapa ALLAH tak adil padaku ?" tak patut sekali timbul .

buat rakan-rakan yang mengenali tasnim dan selalu concern akan diri ini , thanks bebanyak eh . anda sahabat terbaik . tasnim sayang anda semua kerana ALLAH , insyaALLAH .. cuma maaf dipinta andai tasnim menyepi diri seketika , tak membalas mesej dan call sebagainya . hakikatnya , tasnim redha .. ALLAH pilih tasnim untuk menempuh ujianNYA :) tasnim tak ada word untuk menerangkan betapa bersyukurnya tasnim atas dugaan yang ALLAH berikan . tasnim tak ada berita gembira untuk dikhabarkan kepada sahabat sekalian .. yang tasnim boleh katakan , tasnim syukur dipilih oleh ALLAH untuk menerima ujianNYA dengan hati terbuka .

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” Surah Al-Ankabut ayat 2-3.

 “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” Surah Al-Baqarah ayat 214.


ujian tu mungkin secebis sahaja . tidak lah terlalu besar . tasnim cuma tak menerima tawaran ke mana-mana universiti lagi buat masa ni . tu je :) hehe bunyik gaya macam besar je kan ujian tu ...
ape2 pun , tasnim syukur sangat . dan sangat pasti bahawasanya rezeki tasnim di depan sana lebih banyak . ALLAH tak kan tinggalkan tasnim sorang-sorang . DIA sentiasa ada untuk tasnim . dan tasnim yakin perkara itu . dan sahabat-sahabat tasnim tak perlu risau taw ? tasnim kuat . kuat dengan adanya ALLAH , keluarga dan anda semua . doakan tasnim taw :)


buat sahabat-sahabat yang menerima tawaran universiti tu , bersyukurlah . hatta tak kisah anda tak berpuas hati dengan kos yang diberikan mahupun tak selesa ditempatkan universiti yang maha jauh tersebut . anda hanya perlu mengucapkan alhamdulillah ye ? tak susah pun rasanya . kan ? ingat , ALLAH dah tempatkan anda di situ berserta kos berkenaan . pasti ada hikmahnya ALLAH berbuat demikian . kan ALLAH itu sebaik-baik perancang . DIA lebih mengetahui .

tasnim gembira sangat tengok post-post kawan-kawan di facebook semalam . alhamdulillah , mereka gembira . moga dengan kegembiraan tersebut jangan kita lupa pula untuk bersujud kepadaNYA menyatakan syukur kita taw ? jangan sesekali menyombong dengan ALLAH ye ? ALLAH boleh je nak tarik nikmat atau kurnia yang diberi dalam sekelip mata .. be aware ya sahabat ?

bagi sahabat-sahabat yang dapat u mana-mana dengan kos pape pun , jaga diri taw . ingat taw anda membawa imej Islam . anda dikenali . jika  perempuannya tutup aurat sesempurna yang boleh ye ? seriously cakap dari hati , pakai tudung labuh tu awesome . best taw . ce try :) hehe . sahabat comel yang tasnim sayangi , jaga maruah diri , keluarga dan yang penting sekali maruah Islam. jaga akhlak nye ye ? jangan ikut trend sekarang , perempuan yang layak digelar "betina" kerana kegedikannye dan kegalakan yang tak melambangkan langsung budi pekerti seorang wanita . wanita kan pemalu orangnya , tapi sedih sekali apabila malunya sudah reput dalam diri wanita zaman sekarang . pilih kawan itu penting taw sahabat , cari kawan-kawan yang baik-baik ya ? kawan ni la yang akan mudah mempengaruhi kita . 

"Agama seseorang itu adalah mengikut rakannya, maka telitilah seseorang yang ingin dijadikan rakan baiknya". ( Riwayat Abu Daud)

dan akhir sekali , nak jugak mohon sahabat sekalian tolong doakan tasnim . moga-moga ada la tempat untuk tasnim di u nanti . insyaALLAH . n buat sahabat yang senasib dengan tasnim jangan bersedih hati . ALLAH nak duga kita je tu . sebab kita kuat dan mampu hadapinya . 

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al-Baqarah : 286)

lastly but not least 
 jom sama-sama cintakan ALLAH . 
ALLAH sangatttt sayangkan kita semua taw . 
so , kita kena lah sentiasa bersangka baik pada ALLAH 
 ok sahabat-sahabat sekalian ? 
jangan risau . 
ALLAH ada . 


before that 
nak jugak kongsi satu benda ni
rasanya sahabat-sahabat sekalian dah pernah tahu 
hatta terbaca kat mana-mana
tak kisah lah
ilmu tu kalau berulang-ulang lebih melekat di kepala 
ye dak ?

KENAPA AKU DIUJI ?
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja ) mengatakan : “kami telah beriman “, sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah, ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahuinya.
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah, ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. 
RASA KECEWA?
Surah Al-Imran, ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang2 yang beriman. 
BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Imran, ayat 200
Hai orang2 yang beriman,”bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetapkanlah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.
Surah Al-Baqarah, ayat 45 Dan mintalah pertolongan (kepadaAllah) dengan jalan sabar dan solat. Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. 
APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah, ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dan memberikan syurga untuk mereka. 
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 
Surah At-Taubah, ayat 129 
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Allah selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakal.
AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
Surah Yusuf, ayat 37

dan jom kita hayati sebuah nasyid yang best sangat .
pendek kata tasnim suka lah .
favourite song neh . 
hehe ^^
tapi
liriknye je lah eh .
(=.=)

Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu
Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala
[Chorus]
Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala
[Ulang chorus]
Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu
[Ulang chorus]
Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

opick-cahaya hati






till then ..
jumpa lagi ...
assalamualaikum ^^



Sunday, 24 June 2012

dugaan itu berat ?

Posted by nurul tasnim at Sunday, June 24, 2012 0 comments



tasnim kembali untuk entry yang baru . 
tadaaa...
seronok tengok ada entry baru ?
then , jom sama2 mengucapkan syukur ..
..alhamdulillah..

. DUGAAN .

pasti terlintas di fikiran masing2 beratnya dugaan.
am i right?

sahabat tersayang yang insyaALLAH sentiasa dalam rahmat ALLAH :)
dugaan ini membawa definisi yang sangat besar .
memang berat .
maha luas.

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan…(Surah al-Baqarah : 155)

tapi ..
kita sebagai mukmin yang soleh dan solehah (insyaALLAH)
kena terima dugaan ALLAH tu seadanya .
seikhlas mungkin .
sebersyukur yang boleh .
alhamdulillah kerana ALLAH pilih kita .
syukur ALLAH masih ingat akan kita .
alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah:)

setiap dugaan tu ada hikmahnya
ada pengajaran dipenghujungnya
ada kekesalan mungkin selepasnya
ada kesyukuran yang tak terhingga

jadi
jangan pernah mengeluh .
jangan pernah berputus asa.
jangan lemah sekali-kali.
kerana
rahmat ALLAH itu luas
hanya 1% sahaja yang diturunkan ke bumi . (selebihnya di syurga)
tapi 
masyaALLAH lihatlah apa yang kita peroleh sekarang .
lebih dari apa yang sepatutnya
betul tak sahabat tercinta ?

ALLAH bagi kita
dua mata
dua telinga
padahal
kita sudah mencukupi punya
satu mata 
satu telinga

tengok .
betapa ALLAH sayang akan kita
betapa DIA nak keselasaan buat kita
tapi 
renung2kan ..
sudah cukupkah kita bersyukur dengan pemberian ALLAH ?
bagaimana pula yang mengeluh diberi ujian dan dugaan sebagainya?

kenapa ?
kenapa?
kenapa ?

ALLAH nak uji kita pasti ada sebab
ada reason .
DIA sayang kita sebenarnya
DIA nak kita balik kepadaNYA
maybe kita dah jauh daripadaNYA
maybe kita ada salah dan dosa yang tak disedari pun
maybe kita bajet dah cukup amalan dan baik sudah .
tapi
kita langsung tak fikir tujuan ujian dan dugaan yang ALLAH kirimkan buat kita
kenapa perlu mengeluh ?
sekiranya kita tahu ALLAH itu ada
mengadulah pada si DIA
DIA pasti memudahkan jalan buat kita
insyaALLAH :)

ALLAH itu sangat baik .
sangat memahami
sangat prihatin .
kenapa masih ragu-ragu untuk mengadu kepadaNYA?
bukankah kita akhirnya akan pulang kepadaNYA ?
jadi sahabatku .
jangan bina benteng antara kita dengan pencipta maha agung
robohkan penghalang tersebut.
buang bisikan2 tak berasas dari musuh yang nyata .

sama-sama kita muhasabah ye ?
peringatan ini buat sahabat yang insyaALLAH ukhuwah fillah
dan termasuklah diri ini yang tak sempurna

ingat .
bersyukurlah dengan kurniaan ALLAH
anggaplah dugaan itu anugerah terindah dari PENCIPTA kepada hambaNYA
sesungguhnya jalan penyelesaian bagi setiap sesuatu dugaan itu ada
tapi 
perlulah diiringi dengan usaha , doa dan tawakal
tahukan doa itu senjata org mukmin .
insyaALLAH kita tergolong dalam golongan yang sentiasa bersyukur 
sama ada diberi nikmat 
mahupun musibah
kita masih mampu tersenyum dan mengungkapkan alhamdulillah .
mari sama2 kita berdoa .
ALLAH mudahkan urusan kita di dunia mahupun akhirat.
insyaALLAH^^

sahabatku ...
andai ALLAH pilih kamu untuk menerima musibahNYA
jangan pernah merungut
kerana kita diuji berdasar kemampuan diri sendiri

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)

malah
Rasulullah sendiri ada menyebut dalam hadisnya:

Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka Baginda menjawab:“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”(Riwayat Imam Tirmizi)
dan
ingatlah sahabat tercinta
bahawasanya
setiap ujian atau dugaan ada khabar gembiranya

Rasullullah ada bersabda:

“Tidaklah ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk badannya.” (Imam al-Bukhari dan Muslim)

dan 
janji ALLAH itu pasti

“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah : 6)

kuat ya sahabatku :)
insyaALLAH , ALLAH ada
kami kawan2 pun ada
jangan lemah
syaitan sangat suka taw.
be strong ya ?
^^





-the end-
daaaaa.....
assalamualaikum ^^
insyaALLAH jumpa lagi ...




Sunday, 6 May 2012

WANITA

Posted by nurul tasnim at Sunday, May 06, 2012 0 comments



Buat kaum wanita~Jadilah wanita yang sederhana~Jangan buat diri mudah digoda~Oleh setiap pemuda-pemuda~Dan jangan pula berasa suka~Apabila diri digoda~

Tidak perlu mengejar populariti~
Semata ingin dipandang tinggi~
Sembunyikanlah kecantikan diri~
Biarlah tiada lelaki yang peduli~
Allah suka kepada wanita yang menyembunyi~
Kemuliaan & kecantikan diri~

Jagalah aurat mu~
Dari pandangan orang dsekelilingmu~
Tidak perlulah memburu~
Pandangan pemuda bagi melihatmu~
Tidak perlu berasa cemburu~
Apabila tiada siapa memandangmu~
Sesungguhnya itu satu penghormatan bagi dirimu~

Janganlah asyik mengejar cinta pemuda~
Cintailah kepada yang Esa~
Rasullullah, ibu serta bapa~
Elakan bercinta dimusim muda~
Tidak perlu bersedih jika kamu tidak berpunya~
Kerana jodoh ditangn Allah & tidak dapat diduga~
Kelak kamu akan temuinya pada bila2 masa~

Bukankah kamu tahu couple itu haram hukumnya~
Bercouple hanya untuk bersonok sahaja~
Tidak perlu mencari pemuda untuk bermanja~
Bagi meluah hati duka dan lara~
Kerana Allah kan selalu ada~
Bersama kita sepanjang masa~

Usahlah berasa cemburu atau kecewa~
Tatkala melihat teman brcouple dngn pasangannya~
Walaupun dikatakan memiliki pakwe yang setia~
Belum tentu akan terbinanya~
Rumah tangga yang kekal bahagia~
Untuk selama-lamanya~

Kelak apabila menjadi seorang isteri~
Jadilah isteri yang mentaati suami~
Dan selalu mencintai~
Yang maha Ilahi~
Memiliki jiwa yang murni~
Tidak suka menonjolkan diri~
Dengan kecantikan yang dimiliki~
Melainkan kpda suami yang dicintai~

Wednesday, 14 March 2012

¸.•❤´``•. Akhi, Ku Tunggu Pinanganmu ¸.•❤´``•.

Posted by nurul tasnim at Wednesday, March 14, 2012 0 comments


Akhi..
Tak ingin kami termangu dalam penantian panjang,hanya menunggu engkau untuk menjemput kami. Kadangkala kami menangis tersedu,mengingat usia yang kian mendekati masa di mana pesona kian memudar. Kami takut bila engkau tak besegera,kami tak mampu menahan waktu atas Nya. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..
 Akhi..
 Jangan engkau puja puji kami bila pujianmu hanyalah janji-janji yang tak menentu. Hanya membuatku terlena dan terbuai hingga kami lupa bahwa kita sedang bermaksiat. Kau puji diriku,tapi kau hanya ingin membuatku tersenyum dan makin terbuai rayuanmu. Tidak.. tidak akhi,kami ingin kau puji setelah kau halal bagiku. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu.. Akhi..

 Akhi.. 
Tak akan kami langgar iffah ku dengan ajakan khalwat dari mu. Engkaupun sebenarnya tau,hal itu hanya akan menimbulkan badai kelabu yang membuat kita tak berdaya karna pihak ketiga yang tak lain syetan yang ada di dekat kita. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu.. 
Akhi.. 
Jagalah sikapmu pada kami,maka akan kami jaga sikapku padamu,kami lemah akan sanjunganmu. Kecintaan ini ingin kami persembahkan kelak untuk suami,cinta nan kasih ini yang akan kami tuai untuk mencari ke ridhoan suami kelak. Jadi bagaimana mungkin kami mencinta pada hal yang tidak halal bagi kami, tentu Allah tak akan pernah ridho pada kami. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu.. 
Akhi.. 
Jilbabku untuk melindungi kehormatan kami,santun kami untuk menjaga iffah . Jangan kau lenakan kami agar kami lepas kehormatan di hadapanmu sebelum engkau halal bagi kami. kami ingin engkau ikut menjaga kehormatan kami dengan menjaga kami,bukan malah membawa pada kenistaan. Agar kau mampu menjaga kami secara utuh,Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu.. 
Akhi..
 Kami memang tak sesempurna Aisyah dalam kecerdasan nya ataupun Fatimah dengan kelembutannya. Tapi kamiakan berusaha cerdas layaknya Aisyah dalam naunganmu dan kami akan berusaha selembut Fatimah dalam menenangkanmu.Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu.. 
Akhi.. 
Kau memang tak sehebat Ali ataupun sekuat Umar,tapi kau akan menjadi hebat layaknya Ali ketika kau menjaga kami dalam kelemahan kami dan kau akan sekuat Umar agar kami tidak selalu menjadi tulang yang bengkok. Kami memerlukan imam yang boleh menjaga keimanan,bukan yang mebawa kami pada jurang maksiat. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu.. 
Sungguh,kami memang tidak mampu menahan kala kami jatuh hati,tapi kami tak akan menunjukkan pesona kami hanya karna cinta yang menuntut nafsu pada keramahan syetan pada kami. Bukanlah jatuh cinta bila kau ajak kami pada kemaksiatan. Bila kau memang jatuh cinta pada kami,jangan kau bebankan deritamu pada hati yang akan menuntutmu untuk berbuat nista. Izinkan kami menjaga hatimu,agar kita bisa menjelang bersama Jannah Nya.Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..  
"Wahai jika engkau memiliki cinta ...Dan telah terdorong dengan kerinduan ... Maka anggaplah jarak perjalanan itu    dekat... Karna kecintaan dan kerelaanmu pada penyeru ... Ketika mereka menyeru..!! Maka katakanlah,kami penuhi panggilanmu..Seribu kali dengan sempurna ... Janganlah kau berpaling ...Hanya karna melihat gerimis ... Jika engkau melihatnya... "– ( Fii Zilalil Mahabbah ) 

InsyaALLAH , kita akan bina keluarga bahagia acuan ALLAH :)



¸.•❤´``•. Akhi, Ku Tunggu Pinanganmu ¸.•❤´``•.

bersabarlah wahai wanita ...

Posted by nurul tasnim at Wednesday, March 14, 2012 0 comments



Jika kebahagiaan di dunia, hanya sesaat saja. Lalu kenapa kita harus rela, menukarnya dengan timbunan dosa yang bermuara kepada siksa abadi di jahanam sana..
Jika kesusahan di dunia, hanya sementara. Lalu kenapa kita hendak berhenti bersabar menghadapinya. Padahal buah kesabaran adalah manisnya nikmat abadi di Jannah-Nya..

Wednesday, 25 January 2012

beruntung jadi wanita ?

Posted by nurul tasnim at Wednesday, January 25, 2012 0 comments
Buat wanita solehah yang comel lagi cerdik ...



Ingatlah firman2 ALLAH ......

"Ketika AKU menciptakan seorang wanita , ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa . AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menumpang dunia , namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.."

"AKU memberikn kekuatan dr dlm utk mampu melahirkn anak dan menerima penolakan yg seringkali dtg dr anak anaknya.."

"AKU m'berinya kekerasan utk m'buatnya tetap tegar ketika org2 lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dgn p'deritaan dan kelelahan tanpa mengeluh.." 

"AKU memberinya kepekaan utk m'cintai anak-anaknya dlm setiap keadaan,bahkan ketika anaknya menyakiti hatinya.."

"AKU memberinya kekuatan utk mendukung suaminya dlm kegagalannya dan melengkapi dgn tulang rusuk suaminya utk melindungi hatinya.."

"AKU m'berikn kebijaksanaan utk mengetahui bahawa seorang suami yg baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang2 menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya utk berada di sisinya tanpa ragu.."

"Dan akhirnya,AKU memberinya air mata utk dititiskan,ini adalah khusus miliknya utk digunakn bila masa pun ia diperlukn..."

.......Kecantikan seorang wanita bukanlah terletak dr pakaian yg dikenakn,susuk yg ditampilkn,atau wajah dan rambutnya..tetapi kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya kerana itu pintu hatinya,tempat di mana cinta itu ada......

Jadi , bersyukurlah jika anda dilahirkan sebagai wanita :) banyak kelebihannya .. alhamdulillah .. 




"Saya doakan Tasnim cepat bertemu jodohnya yang memenuhi kriteria2 yang digariskan dalam Islam dan hadis Rasulullah iaitu kecantikan, keturunan, harta dan agamanya.Dan agamalah sebaik2 kriteria." -syukran doakan tasnim sahabat semua ♥



>
 

✿Si Gadis Manis✿ Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos