Tuesday, 29 October 2013

It's because He wants you to pick up something GREATER!

Posted by nurul tasnim at Tuesday, October 29, 2013 0 comments

assalamualaikum.
hye, hello everyone.
Kon'nichiwa.
annyeonghaseyo..
^^,

well.. 
the purpose I'm writing today just about to share my opinion regarding to the question of one of my friends.
let us called that person "D"

D asked me..
"What and how should i do to forget him/her? He/She already married!"

hmm...
that question is a bit tough for me..
but i'm try my best to calm you,my dear..
to makes you redha..
to makes you cheer up.
because i'm believe its hard right?

pertama2 sekali, bersyukurlah..
for what?
bersyukur kerana ALLAH sangat baik terhadap kita.
ALLAH sangat sayangkan kita.
ALLAH sangat rindukan kita.
why i'm saying that?
because..

ALLAH baik sangat sebab masih beri kita berbagai2 nikmat yang tak terbilang dek jari.
♥nikmat Islam♥nikmat iman♥nikmat nyawa♥nikmat kesihatan♥nikmat makan♥nikmat tidur♥nikmat tenaga♥nikmat pancaindera♥nikmat aman damai♥nikmat bahagia♥nikmat berperasaan♥nikmat talent♥dll
so bersyukurlah..
kita jangan mudah putus asa.
ALLAH uji sikit, dah rebah.
ALLAH beri masalah sikit, dah lemah.
ALLAH duga sikit, dah mengalah.

that really not a tough and good and soleh and wonderful muslimin/muslimat.
you have to face it.
although its hard.
its painful.
its makes you sick!
face it with a smile on your face :)


and ALLAH do say in Al-Quran in surah Ar-Rahman..
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

nikmat mana yang kamu nak dustakan?
which one?
sangat sombongkah kita sampai tidak bersyukur?
asyik mengeluh..
mengapa begitu? kenapa begini?
why why and why not that way?

bukankah dengan persoalan2 ini menunjukkan kita tidak bersyukur?
kita tamak.
kita nak hidup kita sempurna.
always get what we want.
we do what we want to do.

this is manusia.
not perfect :)
as well as mine..

but friends..
we do have choices.
either want to be a good or bad muslim?
either grateful or sigh?
either to forget or remember?
all this is in your hands.
you have the right to choose which is the best decision..



 maka..
kawan yang tasnim kasihi..
usah bersedih..
la tahzan/tahzani..
bersyukurlah..
sesungguhnya kita diberi nikmat untuk merasai kewujudan perasaan tu...
perasaan menyayangi.
perasaan merindui.
perasaan disakiti.

bukankah kita akan lebih dekat pada DIA?
manusia hanya akan ingat pada ALLAH bila dalam kesusahan sahaja..
dan ketahuilah..
DIA sangat suka kita mengadu padanya..
kita manusia biasa ni sering lupa padaNYA.
mungkin ini salah satu cara untuk DIA menarik kita kembali kpdNYA..


 sentiasa ingatkan diri..
talk to yourself that "ALLAH loves me."
that why He wanna to give the best spouse that suit to me.
He knows what the best for you people.
Just do believe in Him.
 Always remind in yourself this quote..

 
i do remember one ayat in Al-Quran that is full of the hidden meaning..
try to think and do relate to our life about what ALLAH try to tell you from this ayat..

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al-Baqarah : 216)

so my dearest friends..
tentang "bini tak jadi" or "laki tak jadi" ni..
tak perlulah kita terlalu memikirkannya..
ia membuatkan kita lebih lemah.
lesu.
tak bermaya.

yakinlah dengan pilihan ALLAH..
ALLAH lebih tahu yang mana paling sesuai untuk kita..
tak perlulah menoleh ke belakang terlalu lama..
pandang ke hadapan and keep move on..

ALLAH doesn't want you weak just because that small matter..
ALLAH do want you to become stronger person than previously..
ALLAH wanna you to rely on HIM..
believe HIM..
:)

What you should do to forget that person that is not belong to you?
  • simpanlah barang2 yang boleh mengingatkan kamu kepadanya di tempat yang tak akan kamu buka lagi selepas ini..
  • set your minds to forget him/her
  • do not contact with him/her anymore because he/she already has wife/husband.not asking you to putuskan hubungan persahabatan..its just you know your limit if you wanna to keep contact..
  • cepat2 istighfar if you do remember or miss him/her. Astagfirullah..
  • sibukkan diri anda dengan tugasan2 or kerja or hobi. try avoid to keep layan perasaan sensorang.
  • do have a discussion with your best friends. listen to their opinions and advises. they maybe have experiences or knowledge about that matter.
  • for me, if you have the capability to get married, so you do.. bercinta dengan yang halal kan lebih sweet.. if there is a person next to you every seconds, then it is easier for you to forget that person.. tapi niat tu kena betul. once you step in marriage, you are responsible to your spouse.. do your best in the baitulmuslim that you have build.. insyaALLAH, ALLAH will ease everything for you...i do believe it.
  • and last but not least, remember... you belong to ALLAH.. all humans in this world belong to Him.. He hold your heart and others' heart.. ask Him to ease you to forget that person..and do pray for your future wife/husband..start from now.not tomorrow.not after you have prepared yourself to get married.but NOW ! and do remember you also have to improve yourself to become more soleh/solehah person. You can do it people! :)

tu je laa yang tasnim boleh kongsikan..
bila hal yang berkaitan dengan hati ni...
ia sangat rumit.
i know it..
but at least you have the strength and courage to began to move..
i believe you are great, fantastic,fabulous,superb and so on...
so, you can do it !

This picture below very touches my heart..
so do understand and appreciate it..






thats all that i can share with all of you..
thanks for lending your eyes and time to read my blog..
till meet then..
assalamualaikum.
love all of you lillahitaala..





Wednesday, 4 September 2013

rentetan peristiwa menyepi .

Posted by nurul tasnim at Wednesday, September 04, 2013 0 comments

assalamualaikum.
hye lama tak jumpa.
tasnim busy eh ? 
nak cakap pun serba salah.
entah, no reason kut?
just malas nak menaip.
hoho

so 
entry kali ni just nak citer ape je rentetan peristiwa 
yang jadi waktu tasnim menyepi.
hikhok

biar gambar yg menceritakan semuanya.
^^,













sepanjang sem 2 (march-july) ni tasnim sgt gigih sehingga tak sempat 
nak spend time ngan blog terchenta.
boleh percaya ke? huhuk




on 25th until laa 29th august 
tasnim keracunan makanan.
paling teruk rasanya.
dulu kat SMKAK tak pernah rasa macam ni.
T.T
alhamdulillah , akhirnya lega jua...
^^
see this Liyana's post.
its about The Bidadari Convensyen 2013.
alhamdulillah , ALLAH pilih Tasnim utk attend that majlis ilmu.
^^,
banyak ilmu bermanfaat dapat.
nnt Tasnim cter in next entry ya?


perkenalkan ni arissa tersayang :)
arissa ni adik sepupu a.k.a adik mengasuh
sgt excited bawak dia jalan2.
wuhuuuu~
kitorang merempit kot? >,<



yeah !
thats all laa kot rentetan kisah sepanjang keberhabukan blog ini.
hahaha (gelak mengekek)

mostly time spend on fb jek. 
kalau on9 pun , on fb jek.
maaf wahai sang blog terchenta T.T
sehingga bertemu kembali. 
assalamualaikum :)


Friday, 1 February 2013

SIRAH : IKRAMAH PENENTANG JADI PEMBELA

Posted by nurul tasnim at Friday, February 01, 2013 0 comments
 
assalamualaikum.
tasnim kembali :)
suka tak ?? suka tak ??
hehe
ok lah , kali ni meh cungkil bakat tasnim sikit.
err.. apakah ?
haha
actually , tasnim ada nak share kat korang sume 
satu sirah sahabat nabi kita (Muhammad s.a.w)
siapakah beliau yang terpilih ?
dialah....
IKRAMAH PENENTANG JADI PEMBELA

Ikramah anak kepada Abu Jahal dan dilahirkan drp keluarga bangsawan Quraisy. Sejak kecil, dia dididik menjadi seorang pahlawan dan apabila besar Ikramah menjadi seorang panglima muda yang gagah berani, penunggang kuda yang handal dan banyak pengalaman berperang.

Sebelum memeluk Islam, Ikramah bin Abu Jahal amat memusuhi Nabi Muhammad SAW sama seperti ayahnya. Kebencian Ikramah semakin menebal selepas ayahnya terbunuh dalam Perang Badar. Semasa tentera Islam memasuki kota Mekah, Ikramah dan pasukan tenteranya berazam untuk menewaskan Rasulullah tetapi berjaya dikalahkan oleh pasukan tentera yang dipimpin oleh Khalid bin Walid.

Kerana berasa takut dibunuh oleh tentera Islam yang menakluk Mekah, Ikramah  melarikan diri ke Yaman tetapi kedatangannya tidak disenangi oleh penduduk negeri itu. Kemudian, beliau bercadang meminta bantuan daripada Raja Habsyah. Dalam pelayaran menuju Habsyah, kapal yang dinaikinya dipukul ribut dan hampir karam. Ketika itu, Ikramah bernazar  sekiranya terselamat daripada bencana itu, dia kembali ke Mekah menemui Rasulullah. Akhirnya, dia terselamat daripada bencana itu.

Kemudian, Ikramah kembali ke Mekah lalu menemui Rasulullah. Beliau tertarik melihat keperibadian Baginda yang mulia. Rasulullah tidak membenci ataupun membalas dendam kepada Ikramah walaupun dia pernah menyatakan beliau adalah musuh utamanya. Ikramah kagum dengan keperibadian baginda yang pemaaf dan pengampun. Apabila diajak masuk Islam oleh baginda, Ikramah meminta tempoh hendak berfikir dahulu kerana tidak mahu dituduh masuk Islam kerana takut ataupun dipaksa. RAsulullah bersetuju dengan permintaannya.

Sejak memeluk Islam, taubat memasuki segala ronggan nadi dan hati Ikramah. Setiap hari dia membaca al-Quran, sembahyang dang mengerjakan ibadah yang lainnya. Pada musim haji, Rasulullah mengangkat Ikramah sebagai ketua pemerintahan di Hawazin. Ikramah berasa terharu kerana diberi kepercayaan yang sangat besar dari baginda.

Ikramah dapat merasakan kenikmatan iman di samping Rasulullah sebentar sahaja kerana baginda telah kembali ke rahmatullah. Selepas kewafatan baginda, ramai yang murtad dan mengaku menjadi nabi. Khalifah Abu Bakar melantik Ikramah memimpin pasukan tentera ke Yamamah bagi menumpaskan mereka yang enggan membayar zakat. Sekembalinya dari Yamamah, dia meneruskan perjuangan ke Maharah. Akhirnya, gerakan membersih kaum murtad selesai. Kini, tiba saatnya pengembangan Islam ke daerah pemerintahan Rom  dan Parsi.

Dalam pertempuran di Yarmouk, tentera Islam berjumlah 40,000 orang dan bertempur dengan tentera Rom berjumlah 250,000 orang. Segala perbelanjaan ditanggung oleh Ikramah dan beberapa orang para sahabat. Walaupun ditawarkan bantuan daripada khalifah, mereka menolaknya. Ikramah telah menubuhkan pasukan menggempur sehingga mati dan seramai 400 orang tentera berjaya dikumpulkan untuk menyertai Ikramah. Beliau tetap meneruskan niatnya walaupun cadangannya tidak dipersetujui oleh Khalid al-Walid iaitu panglima perang pada ketika itu. Keberanian tentera ini telah menaikkan semangat tentera Islam yang lain

Tentera Islam menggempur musuh dengan satu serbuan laksana banjir deras hingga pertahanan musuh hancur berderai. Dengan tabah, Ikramah menghadapi pedang dan tombak musuh hingga dada dan mukanya luka parah. Melihat kedaan Ikramah dalam keadaan yang demikian, sahabat mengingatinya, "Takwalah kepada Allah ya Ikramah dan kasihanilah dirimu...."

Dengan tegas Ikramah menjawab, " Dahulu aku berperang untuk Latta dan Uzza serta kuserahkan maut kepadanya. Maka apakah sekarang aku tidak berani mempertaruhkan jiwaku dalam jihad membela Allah dan Rasul-Nya?"

"Demi Allah, aku tetap menyerahkan jiwa ragaku dengan ikhlas kepadaAllah..". Terjadilah pertempuran yang sengit sehinggakan tentera Rom berjaya diundurkan. Ramai antara mereka yang terbunuh dan tercedera. Tentera Islam menyambut kemenangan itu dengan kesyukuran.

Namun...

Di sebuah khemah terdapat 3 orang tentera Islam yang cedera parah...Mereka ialah Ikramah, al-Harith dan Ayyasy..

Menurut Yazid, semasa mereka mngumpulkan mayat-mayat tentera Islam yang syahid, mereka menjumpai tiga pahlawan ini sedang terbaring berlumuran darah. Mereka masih bernafas tetapi keadaannya cedera parah. Kemudian, tiga orang pahlawan yang berani ini segera dibawa ke dalam khemah bagi mendapatkan rawatan.

"Bagaimanakah keadaan mereka? Boleh saya menziarahinya?" tanya Khalid al-Walid.

"Mereka sudahpun tersedar tetapi keadaannya masih lemah kerana banyak darah yang keluar. Sekiranya tuan hendak menziarahinya, mari ikut saya," jawab Yazid.

Kedua-duanya segera menuju ke khemah yang menempatkan tentera yang cedera. Kelihatan Ikaramah, al-Harith dan Ayyasy masih terbaring sambil menahan kesakitan. Panglima Khalid mendekati Ikramah.

"Semoga Tuhan merahmatimu, wahai sahabatku," kata Khalid dengan suara yang lembut.

Ikramah memendang Khalid. Air mata bergenang di kelopak matanya.

"Apa yang saya lakukan demi mendapat rahmat dan keampunanNYA. Saya tidak menyesalinya," kata Ikramah dengan suara yang tersekat-sekat kerana menahan rasa sakit.

"Saya berasa dahaga. Berikan saya air untuk diminum," kata Ikramah.

Tetapi belum sempat dia meneguk air itu, al-Harith bin Hisyam yang juga bapa saudara Ikramah yang terbaring di sebelahnya bersuara, " Saya dahaga. Tolong berikan saya air," rayunya.

Ikramah tidak jadi meneguk air yang diberikan oleh Khalid. "Bapa saudara saya lebih memerlukan air itu. Berikan kepada dia," kata Ikramah.

Panglima Khalid berpaling kepada al-Harith lalu cuba menuangkan air itu ke mulutnya. Tetapi belum sempat air itu dicurahkan ke dalam mulutnya, maka Ayyasy yang terbaring di sebelah al-Harith pula bersuara.

"Saya dahaga. Tolong berikan saya air," rayunya.

Al-Harith  tidak jadi meminum air itu. Dia menyuruh Khalid memberikannya kepada Ayyasy. " Dia lebih memerlukannya daripada saya," katanya.

Khalid berpaling kepada Ayyasy kerana hendak memberinya minum tetapi Ayyasy sudah meninggal dunia. Khalid cuba memberikan air itu kepada Ikramah tetapi dia juga sudah meninggal dunia. Lalu air itu, hendak diberikan keada al-Harith tetapi dia juga sudah meninggal dunia.


wanna knows  full story?? SILA DAPATKAN BUKU ABDUL LATIP TALIB!!

anda akan tahu kisah perjuangan Ikramah sebelum beriman kepada Islam, kisah pengorbanan isteri beliau dalam pencarian mencari Ikramah, kisah hamba Ikramah dan Abu Jahal, kisah Ikramah sepanjang perjalanannya selepas Mekah diatakluki tentera Islam, kisah Ikramah ketika memerangi golongan murtad....etc kisah2 yang sangat menarik!!..

sekian...belajar dari sirah yer

..::ANDAI KATA INGIN MENCINTAI NEGARA BELAJARLAH DARI SEJARAH, MAKA UNTUK MENCINTAI ISLAM BELAJARLAH DARI SIRAH::.. 
dah baca ??
best tak ?
hehe
moga2 cerita di atas menaikkan semangat kita untuk cintakan Islam ,
Rasulullah , keluarga baginda dan para sahabat2 ...
paling utama : cintakan ALLAH ^_^
till then ..
assalamualaikum :)

Monday, 14 January 2013

Allah ada :)

Posted by nurul tasnim at Monday, January 14, 2013 0 comments
 
 hai . apa khabar semua ? sihat tak ? lama kan tasnim menyepi . huhu sorry sangat2 my dear uolz . i am a bit busy lately . Now is the time for final exam . Before, the time to finish up my assignment . But since tasnim tak ada mood nak study lagi , so nak spend jap masa dengan blog tercinta .. dengan my virtual friends . thanks buddyzzz <3 coz uolz willing to lend your eyes for a moment.


tasnim kesuntukan waktu nak spend bersama blog tercinta.
dah berhabuk pun blog eden .
haisyh
malam ni mood nak study agak terganggu
bukan AGAK .
tp
MEMANG terganggu pun.
perlukah tasnim bgtaw mak abah eh pasal tu ??
perlukah ?
tak perlukah ?
tasnim dah 20 tahun dah pun .
kata orang dah layak kot nak kawen.
hmmm... *keluhan panjang di situ .
 
pape pun .. chill up baby .
jangan putus asa .
ALLAH kan ada :)
 
 
so...
senyum :)
 
  ok bye !
doakan tasnim .
ketemu lagi ya
assalamualaikum :) 
   


"Saya doakan Tasnim cepat bertemu jodohnya yang memenuhi kriteria2 yang digariskan dalam Islam dan hadis Rasulullah iaitu kecantikan, keturunan, harta dan agamanya.Dan agamalah sebaik2 kriteria." -syukran doakan tasnim sahabat semua ♥



>
 

✿Si Gadis Manis✿ Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos