Sunday, 11 December 2011

"gadis itu" ...

Posted by nurul tasnim at Sunday, December 11, 2011

ya Allah, aku ingin menjadi seperti gadis itu,
yg hidup matinya hanya utkMu ya Allah,
cinta utamanya adalah cintaMu ya Allah,
semua perkara yang dilakukannya adalah keranaMu ya Allah meletakkanMu di atas segalanya,
agar hati dan diri sentiasa dipelihara,
daripada setiap kelalaian dunia.



ya Allah, aku ingin menjadi seperti gadis itu,
yang pandai mengurus masa,
dakwah dan pelajaran diimbangi sebaik mungkin,
bersungguh-sungguh ketika belajar,
tetapi pada masa yang sama,
tidak lupa untuk menyumbang di jalan dakwah



ya Allah. aku ingin menjadi seperti gadis itu, yang menjaga pergaulannya,
berbicara dengan lelaki hanya pada yang perlu,
suaranya tidak menggegar hati yang mendengar,
mengenakan pakaian yang ditutup sempurna,
membuat lelaki juga hormat padanya



ya Allah,
aku ingin menjadi seperti gadis itu,
tidak ditakuti tetapi disegani,
tidak sombong tetapi dihormati dicintai
kerana agama yg ada padanya
 bukan kerana kecantikan atau harta yg utama


ya Allah,
berilah aku kekuatan,
untuk berubah ke arah itu



p/s : buat sahabat2 yang dikasihi dan disayangi kerana ALLAH :) , marilah sama2 kita meletakkan diri kita di tempat mulia "gadis itu" ... insyaALLAH , hidayah ALLAH itu kita kekalkan dalam hati dan terus menuju tujuan akhir hidup kita iaitu mendekatkan diri dengan ALLAH ... dan caranya ialah jadilah "gadis itu" . mungkin kita tak sesempurna "gadis itu" tapi sekurang2 nya kita ada anjakan paradigma ke arah itu .. dan ALLAH semestinya sangat suka kita sentiasa berusaha mendekatinya ... moga cinta ALLAH itu dapat kita miliki dan rasai bersama ... sungguh indah  ^^,  insyaALLAH ameen .....

0 comments:



"Saya doakan Tasnim cepat bertemu jodohnya yang memenuhi kriteria2 yang digariskan dalam Islam dan hadis Rasulullah iaitu kecantikan, keturunan, harta dan agamanya.Dan agamalah sebaik2 kriteria." -syukran doakan tasnim sahabat semua ♥



>
 

✿Si Gadis Manis✿ Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos