Saturday, 10 September 2011

surat untuk si dia ...

Posted by nurul tasnim at Saturday, September 10, 2011
bismillahirrahmanirahim ..

sebenarnye dah lama x update entry baru gara2 kesibukan + kemalasan nak tulis n karang panjang2 sejak dah masuk u ni ..

entah lah kenapa hari ini rasa tergerak hati nak menulis semula ..

mood : baru lepas baca entry sesorang pasal my future husband .
          (teringin jgak nak wat surat utk si dia ^^)

.............................................................................................................


kepada si dia yg berada entah di mana . (harap sihat walafiat)

saya ,,, ***** TASNIM BINTI MOHD **** ,
umur : 18 tahun ( 2011 )
hb : ** feb ****
perwatakan : normal (x gila lg , masih boleh berfikir baik & buruk , cuma a bit nakal =P )
ketinggian : 15*cm jer . ( x de la pendek sgt kan ? )
berat : hmm , nak buat2 lupa laa .. haha
conclusion : saya orang yg biase2 je , punya hati & perasaan .


awak(si dia) ,
saya xtahu awk sebenarnya siapa , 
<xtahu nama apa><tinggal kat mana><umur berapa><suka makan minum apa> 


mungkin kita dah pernah berjumpa ,
mungkin juga x pernah bersua muka ,
even kalau pernah berselisih pun , saya masih tak tahu awak orangnye :)

tp saya nak sgt2 jumpa awk ,
nak kenali awk ,
nak fahami awk ,
nak kongsi suka duka dgn awk ,
oppst ... jap2 , tp hanya lepas ada ikatan yg sah laa ..

saya xkisah kalau saya x pernah pun jumpa awk ..
awk tetap saya terima seadanya ..
tgok betapa specialnye awk pada saya  ...

saya harap awk pun mcm 2 laa ..
dapat terima saya seadanya ..
sbb saya.. <x lah secantik zulaikha><xsetabah siti khadijah><xselembut fatimah><xsebijak aisyah><xsekental sumaiyah><xsesabar asiah>


tp , saya akan cuba ..
dan terus mencuba untuk jadi yg terbaik untuk awak .
sbb ape ? sbb ALLAH dah jadikan awak special untuk saya ..
terima kasih ya ALLAH :)
jadi , saya pun nak jadi yang sgt special d hati awk .
insyaALLAH , ALLAH permudahkan .


saya x memilih pun dlm bab2 ni ,
xde syarat yg ketat pun saya nak drpd awak .
cuma dalam ISLAM pun ada menyebut ,


salah satu hadis tentang kriteria memilih pasangan hidup :

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَكِيمٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ النِّسَاءُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Artinya: Wanita dinikahi karena empat faktor. Karena hartanya, nasabnya, kecantikannya, dan karena agamanya. Maka, menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung.


cukup lah setakat awak ada agama ,
tp , awak kena ingat tau ..
ada agama di sini ialah , awak berpegang teguh dgn ISLAM .
awak utamakan ISLAM dalam kehidupan awak ,
jadikan ALQURAN & HADIS sebagai panduan hidup .
ambil RASULULLAH SAW sbg contoh teladan .
saya tahu semua manusia x sempurna ..
mustahil sgt kan kita manusia yg alpa ni boleh ikut semua sunnah RASULULLAH ?
bg saya , cukup lah kalau awak berusaha ke arah kebaikan .
tinggalkan keburukan , kejahatan & benda2 yg x berfaedah .

saya nak sgt dibimbing oleh awak ..
kita solat jemaah sekali ..
awak imam , saya makmum :)
awak bg tazkirah slpas subuh dan maghrib ,
saya akan jd pendengar setia .
kita tadarus sekali ..
saya baca , awak dengar & tegur bila salah .
baca al-mulk sama2 sebelum tidur,
tahukan surah al-mulk boleh hindarkan kita dr azab seksa kubur ?
bisikkan ayat ALQURAN kat telinga saya sebelum lelapkan mata ,
supaya saya selalu ingat ayat2 cinta ALLAH .
sweet kan awak ?

klu boleh segala urusan harian pun nak buat sama2 .
makan sekali...
of coz lah nak masak pun sekali jgak . boleh kan ? hee
basuh baju pun bekerjasama nak ?
saya basuh kain baju ..
awak tolong sidaikan kat ampaian , boleh ?
tp , saya faham .. 
awak mesti penat bekerja kan ?
xpe , saya xnak awak rasa susah & beban ..
saya harap sgt awk gembira jd suami saya ..
saya nak jadi isteri yg solehah .


seperti yang dinyatakan dalam cerita para ulama' terdahulu :


Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.
Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.



maka , awak ..
berilah saya peluang nak jadi isteri yang solehah ..
saya nak masuk syurga bersama2 awak .
saya nak jadi bidadari di sisi awak nanti ..

dalam hadis kat atas sekali 2 , 
ada sebut ciri2 pasangan yg seterusnya ialah rupa paras .
sebenarnye saya x kisah pun rupa awak mcm mana ..
asalkan ada 2 biji mata , 1 hidung & 1 mulut . hehe
i mean awak normal lah ..
xkira mcm mana pun awak , awak tetap paling hensem di mata & hati saya ..
tengok lah sapa yg cipta awak kan ?
ALLAH itu cantik dan suka kpd kecantikan .
so , semestinya DIA ciptakan awak cantik khas untuk saya kan ?
xsabarnye nak jumpa awak ...

ciri yang ketiga ialah keturunan ..
insyaALLAH awak dari keturunan yg baik2 .
saya doakan . :)
saya jadi xsabar sgt2 nak jadi sebahagian daripada keluarga awak .
harap sgt keluarga awak boleh terima saya seadanya .
bestnye dapat ibu & ayah mertua yg caring...
adik2 ipar yg sporting ..
anak2 saudara yg cute .. 
indahnye hidup .. ^_^


and last but not least ,
harta sbg ukuran utk jadikan seseorang itu sbg pasangan hidup.
sebenarnye saya x kisah pun awak ..
awak berharta or tak..
yg penting , awak cari rezeki yg halal utk jd darah daging kita & anak2 ..
saya x minta awak belikan barang mahal2 , makanan sedap2, perhiasan yg berlambak2 kat saya ..
cuma cukuplah yg keperluan saja ..
saya x suka pun pakai perhiasan , so awak xyah la membazir belikannya utk saya .
kita simpan saja duit 2 utk kegunaan masa sesak ye ?
tp , klu itu hadiah tulus ikhlas dr awak , 
saya amat hargai . 
dan saya akan jaganye seperti saya jaga awak juga ..

akhir sekali sebelum saya akhiri surat ini ,
saya berharap sangat awak jaga diri awak baik2 ..
jaga amal ibadah 2 ..
akhlak biar yg kelas pertama taw ?
jangan nakal2 ye ?
jangan gatal sgt nak ngorat2 perempuan lain ..
saya lupa nak bgtaw , saya ni kuat jeles taw .

awak ,
ingat ye ...
saya selalu dan akan terus tunggu awak .....
walaupun saya xtawu sape awak ,
dan ketahuilah ,
awak adalah anugerah istimewa ALLAH kpd saya :)


sekian ,
drpd saya , your future wife ...
khas untuk , kamu...my future husband .


-wallahua'lam-





0 comments:



"Saya doakan Tasnim cepat bertemu jodohnya yang memenuhi kriteria2 yang digariskan dalam Islam dan hadis Rasulullah iaitu kecantikan, keturunan, harta dan agamanya.Dan agamalah sebaik2 kriteria." -syukran doakan tasnim sahabat semua ♥



>
 

✿Si Gadis Manis✿ Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos