Assalamualaikum..
Selamat Pagi semuaa..
Haaaa... meh kita kongsi-kongsi pak choyyy petua tok nenek hari neh..ngeh2 Hari neh, tasnim search for various petua tuk hilangkan jerawat.. wanita ni kalau nampak jerawat sebijik je melekat kat muka dia, apalagi jerit sekampung pun dengaq...wehhh... kat muka kotttt?!?! The most precious part of body..keh3
Asal tetiba pepagi neh aku citer pasal ni? Sebab muka aku pun...ohhhmyyyy...jerawat, nyahhh kau sekarang dari hidup aku.. GO!!!! hahaha *trauma jerawat tuu kalau kena penangan ngan meroyannya wanita dengan Mr. J a.k.a pimple... musuh ketat beb.
see??? yang kat pipi , bawah sikit tuuu... wuarrgghhh!! T_T
okayyy...tak nak bebel banyak2.. jom tengok apa gegurlz boleh buat nak nyahhhkan Mr, J neh..muahaha
PETUA PERTAMA
Pukul putih telur sehingga berbuih. Then tumbuk suku ulas bawang putih bersama sepotong lobak merah. Pehtu, campurkan kesemua bersama sesudu kecil madu. Dah? Apalagi, sapu ahhh kat muka selama 30 minit. After that, basuh ngan air biasa or air suam.
PETUA KEDUA
First, amek kunyit hidup pastu tumbuk lumat. Pastu, campuq ngan asam jawa (tanpa biji) bersama air. Then, sapu kat muka. After 20 minutes, bolehlah cuci muka tuuu.. Akan rasa muka lebih fresh and halus+licin giteeewwww ! kalau selalu amalkan, Mr. J memang fed up laaaa..
PETUA KETIGA
Pastikan korang ada madu. Madu kan ubat untuk bermacam-macam penyakit. Al-Quran pun ada sebut benda neh. so, amek sedikit madu campur sikit ngan bedak sejuk. Pehtu, tempek je kat tempat jerawat tu.. Buat 2x sehari.
PETUA KEEMPAT
Tahu buah tomato? Ahhhh.. I love this fruit. Sedap kot... Okay, amek sebiji buah tomato , belah leper2.. then lumoq(lumur) ke seluruh bahagian muka. After 1 hour or sehingga dah kering, bilaslah muka anda dengan air suam. Kalau nak kesan yang superb, korang rajin-rajinlah makan buahnya sekali ehhh.. macam tasnim ni, every day 2 biji buah tomato WAJIB!
PETUA KELIMA
Petua ni paling senang. Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat
tradisional. Basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan
dikeringkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan
air suam. Serious cakap, muka jadi licin gilaa pas basuh ngan air beras. Tak caya? cubalah...walawehhhhh...
PETUA KEENAM
Kite guna timun lak okay.. simple je caranya.. Korang blend je timun tu. Pehtu, korang tapis. Hampasnye tu korang sapu kat muka. Dah 30 minit tuu, korang basuh laa muka ngan air sejuk. Juice tuu korang minum hokkayy.. Nak sedap lagi, juicenye tu korang tambah sikit madu + air limau nipis naaa... superb! sedap wehhh...
PETUA KETUJUH
Yang last neh, rasanya semua dah biasa dengar. Lidah buaya. Amek lidah buaya ni, kupas..amek lendirnya..lumoq ke muka. After kering around 30 minutes, wash your face. DONE. Kena consistent taw kalau buat petua ni.. Ulang every morning and evening.
Petua yang paling penting yang korang kena buat di samping petua-petua kat atas ini ialah. Amalkan membaca
"Bismillahi tawakkaltu álaillahi,walaa haula wala quwwata illa billah, Alahumma shalli ála sayyidina Muhammad (3x), syafakallah Ya Zal Jalali wal Iqram (3x)"
okayyyy...tawakal kepada ALLAH.. nnt ALLAH sembuhkan and cantekkan kulit korang. and jangan lupa lafaz älhamdulillah" kalau muka dah cantek cun melecun tuuu...
cukuplah setakat tuuu..
kita bertemu lagi kok untuk entry seterusnya.
cuba jangan tak cuba.
kalau berjaya, sebar2kan ilmunya..
daaa...
assalamualaikum.
with love
-TASNIM-
















0 comments:
Post a Comment